Selepas 5 Hari, Akhirnya Kebakaran Israel Dapat Dikawal merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Selepas 5 Hari, Akhirnya Kebakaran Israel Dapat Dikawal.
BAITULMAQDIS – Akhirnya, kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar Israel dan di Tebing Barat sejak lima hari lalu dapat dipadamkan anggota bomba.
AFP melaporkan, tiada kematian namun 122 orang dirawat kerana cedera, terutama menyedut asap, kata pegawai perubatan.
Kira-kira 700 rumah rosak atau musnah ketika kebakaran yang diburukkan lagi angin kencang dan cuaca kering.
Pesawat bomba daripada sejumlah negara dilihat menyembur bertan-tan air dan bahan kalis api di kawasan bukit dan jajahan Tebing Barat.
Pada satu ketika minggu lalu, api marak di kawasan berhampiran bandar ini dan penduduk hanya mampu melihat rumah dan premis perniagaan rentung.
Jurucakap perkhidmatan bomba dan penyelamat Yoram Levy berkata, tiada lagi kawasan kebakaran aktif yang tertinggal.
“Sejak malam semalam, suasana agak tenang. Tiada aktiviti baharu,” kata
Menurut Levy, anggota bomba menangani kira-kira 2,000 kebakaran di Israel dan Tebing Barat, dengan 20 daripadanya kebakaran besar.
Pihak berkuasa Israel mengesyaki, sesetengah kebakaran dimulakan dengan sengaja dan dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin.
Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman, hari ini dilaporkan berkata 17 daripada 110 kebakaran di Tebing Barat dikenal pasti perbuatan khianat, tanpa memberi butiran lanjut.
#Infokini di Selepas 5 Hari, Akhirnya Kebakaran Israel Dapat Dikawal
EmoticonEmoticon