JANGAN Lakukan 5 Perkara ini Jika Memandu Dalam Hujan. Sila Sebarkan Info Ini.. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri JANGAN Lakukan 5 Perkara ini Jika Memandu Dalam Hujan. Sila Sebarkan Info Ini...
Memandu dalam hujan memerlukan lebih fokus dan juga penelitian, lebih-lebih lagi Malaysia kini sedang dilanda musim hujan. Ketika memandu, pastikan anda TIDAK melakukan 5 perkara ini bagi mengelakkan perkara buruk terjadi.
1 - Jangan Memandu Di Bahu Jalan
Jangan sesekali memandu di bahu jalan ketika hujan lebih-lebih lagi jika keadaan di bahu jalan sudah ditenggelami air. Jalan dicipta dalam keadaan bahagian tengah lebih tinggi dari bahagian tepi untuk memastikan air mengalir dan tidak bertakung di atas jalan.
Jadi, sekiranya anda memandu di bahu jalan untuk mengelak air, anda sebenarnya merisikokan kenderaan anda dengan meredah laluan air. Pastikan anda selalu mengikut barisan dan tidak membahayakan kenderaan lain dengan meredah bahu jalan.
2 - Jangan Pandu Laju Ketika Hujan Baru Turun
Beberapa minit selepas hujan baru turun, akan terhasil satu lapisan air dan minyak di atas jalan. Dan jika anda memandu laju ketika ini, tayar kereta mungkin tergelincir seterusnya akan menyebabkannya hilang kawalan. Keadaan ini dipanggil Hydroplaning.
Lapisan minyak ini akan ditolak ketepi oleh air beberapa minit selepas hujan turun. Jadi pastikan memandu perlahan ketika hujan mulai turun. Atau lebih senang, jangan pandu laju ketika hujan turun.
Hydroplaning juga boleh berlaku jika anda memandu terlalu laju atau melalui lopak air.
3 - Jangan Memandu Redah Lopak Air
Jangan memandu dalam lopak air kerana ia boleh menyebabkan Hydroplaning. Lagipun, kita tidak tahu apa yang ada dalam lopak air itu. Jika terpaksa, anda dinasihat untuk meredah lopak air dengan perlahan.
4 - Jangan 'Membontot'
Jangan sesekali membontoti kereta lain.
Pastikan ada jarak yang jauh antara kereta anda dan kereta dihadapan anda. Ini kerana tayar anda kurang efisyen ketika hujan dan brek mungkin tidak berfungsi seperti biasa.
5 - Jangan Buka Lampu Kecemasan Ketika Memandu
Lampu kecemasan, seperti namanya, hanya untuk kecemasan.
Oleh kerana hujan hujan dan penglihatan anda kabur, itu tidak bermakna anda boleh menggunakan lampu kecemasan untuk 'membolehkan kereta lain melihat anda'.
Lagipun penggunaan lampu ini ketika kereta sedang bergerak boleh menyebabkan pemandu lain keliru sama ada kereta anda rosak atau sedang mengalami masalah.
Jika hujan terlalu lebat dan penglihatan kabur, dinasihati agar berhenti di bahu jalan dan tunggu hujan reda.
#Infokini di JANGAN Lakukan 5 Perkara ini Jika Memandu Dalam Hujan. Sila Sebarkan Info Ini..
EmoticonEmoticon