Ini Sebab Kenapa Aku Menyesal Kerja Dengan Kerajaan

15:11
Ini Sebab Kenapa Aku Menyesal Kerja Dengan Kerajaan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ini Sebab Kenapa Aku Menyesal Kerja Dengan Kerajaan.

Aku grad 3 tahun lepas, menganggur dalam 2 bulan, lepas tu dapat kerja dengan satu syarikat IT (walaupun background aku engineering). Tak lama lepas tu, aku berhenti sebab hari-hari termenung tak ada job, sambung menganggur lagi 4 bulan sambil cari & apply kerja merata-rata. Rezeki tak disangka-sangka, aku diterima masuk ke dalam satu agensi kerajaan, setaraf dengan kelayakan & ijazah aku. So jangan stress sangat kalau menganggur lepas grad ye. Normal je tu.

Bermula dari sini aku nak cerita serba sedikit dengan korang yang rasa “untungnya lepas grad dapat kerja gomen”. Faedah takyah cakap, memang banyak. Cuti berlambak, elaun pun banyak. Cuma satu kau kena ingat, jati diri kena jaga. Kau masuk kerja sebab apa? Dulu aku nak masuk kerja gomen sebab ada niat untuk jadi salah sorang kakitangan yang boleh mengubah budaya kerja halai-balai & curi tulang tapi gaji nak demand. Ya, aku masih insan yang sama.

Tapi tak semua orang berpegang dengan prinsip macam tu. Yang aku nampak, golongan pegawai biasanya memang berdisiplin. Yang pelik, staf bawahan yang selalu hilang. Aku tak kata semua tapi memang ada. Kalau yang bagus tu, memang cemerlang sangat-sangat. Kalau yang buruk tu, sampai sebulan tak tunjuk muka kat pejabat pun ada tapi rekod kedatangan penuh. Nak buang, bos-bos kadang tak sampai hati sebab biasanya yang buat hal ni dah berumur, 40-50 bagai. Terlampau berkebajikan pun ada. Yang habis duit rakyat jugak. Aku punya duit sekali la tu. Heh..

Yang paling tak best, bila ada campurtangan politik. Bukan nak kata apa la, kadang-kadang kita dah cuba tegakkan kebenaran. Bagi aku, aku kerja untuk public, bukan untuk politician. Tapi sebab bos-bos pun terpaksa menerima ‘wahyu’ yang tak boleh ditolak sewenang-wenangnya, makan terjadilah kes ‘kakitangan kerajaan pejam mata/berat sebelah/menindas orang awam’. SOP ada, tapi tak dapat ikut. Arahan bagi verbal, tak ada hitam putih. Tak buat kena maki dengan orang atas, bila buat kena maki dengan orang awam. Jujur aku kata, aku kadang-kadang kerja dalam keadaan terpaksa.

Pernah aku suarakan kat family yang aku nak berhenti, tapi tak ada yang menyokong. Atas alasan susah cari kerja sekarang & bukan senang nak dapat gomen. Betul, aku tak nafikan. Cuma bila kau kerja macam lembu, yang kena cucuk hidung, yang ada pendirian tapi tak boleh ditegakkan, kau akan rasa ditekan sangat-sangat. 

Kau tau apa yang kau patut buat, tapi tak boleh buat. Kau tau apa yang kau buat tu salah, tapi kau tak boleh tinggalkan. Tapi alhamdulillah, aku tak la terlibat dengan kes-kes rasuah ke apa. Sebenarnya sangat susah nak jumpa orang yang bagi & terima duit suap sebab kau bergerak dalam satu team. Orang tak boleh usik kau bila kau gerak dalam kumpulan. Aku pun tak tau mana korang dapat cerita kakitangan kerajaan makan suap ni. Yang banyak meniaga tu betul, cari side income.

Kesimpulannya, aku nak bagitau korang. Kalau korang masih muda, cari la kerja swasta dulu. Kerja sampai puas sampai umur 30. Lepas tu nak apply gomen, apply la. Sebab once kau masuk kerajaan, kau nak berhenti dan tukar kerja swasta, kau akan dapat tentangan yang hebat dari orang-orang sekeliling kau termasuk keluarga kau sendiri. 

Sampai sekarang aku masih kerja kerajaan tapi hati aku meronta-ronta untuk keluar dan nak kerja yang boleh jadikan aku insan yang lebih baik, yang boleh ketengahkan idea mahasiswa, bukan jadi lembu semata-mata.

Sumber : IIUMC
#Infokini di Ini Sebab Kenapa Aku Menyesal Kerja Dengan Kerajaan

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.