Suami Isteri Dilarang Kongsi Gambar Intim Di Media Sosial - Mufti Kelantan

19:17
Suami Isteri Dilarang Kongsi Gambar Intim Di Media Sosial - Mufti Kelantan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Suami Isteri Dilarang Kongsi Gambar Intim Di Media Sosial - Mufti Kelantan.


PUTRAJAYA - Pasangan suami isteri beragama Islam adalah dilarang berkongsi gambar-gambar intim di media sosial meskipun niat hanya ingin menggambarkan kasih sayang masing-masing, lapor mStar Online. 

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata, perbuatan berkongsi keintiman dengan khalayak adalah dilarang oleh ajaran Islam. Sebaliknya perbuatan seperti itu perlu dilakukan di tempat sesuai. 

"Dalam Islam ada adab, setiap langkah, kata-kata dan perbuatan ada tempat yang sesuai. Walaupun seseorang itu suami-isteri, tetapi setiap perbuatan mereka perlu ada batasan jika mahu menunjukkan kasih sayang. 

"Akhlak seseorang dalam Islam tidak diizinkan untuk bercumbuan di tempat awam. Jika ingin bercium, ada tempat privasi dan tidak perlu dipertontonkan kepada umum," katanya. 

Jelas Mufti Kelantan itu lagi, pasangan suami isteri digalakkan untuk melakukan perbuatan seperti itu di rumah, bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang boleh mengundang kepada fitnah tanpa mengira golongan artis ataupun orang biasa. 

Terdahulu, gambar adegan bercium Awal Ashaari dengan isterinya, Scha Alyahya dan Rozita Che Wan dengan suaminya, Zain Saidin, dikecam netizen yang berasa jelik dengan gambar seperti itu tidak sesuai dikongsikan kepada umum. 

Malangnya, Awal yang dilaporkan kurang senang dengan teguran netizen, membidas semula kononnya perkara itu tidak menjadi masalah kerana Scha merupakan isterinya yang sah. 

"Dia isteri saya yang halal. Ada masalah?" tulisnya.

Sumber: http://www.thereporter.my/


#Infokini di Suami Isteri Dilarang Kongsi Gambar Intim Di Media Sosial - Mufti Kelantan

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.