Rasuah: Wang Tunai RM112 Juta, 9 Kereta Mewah, 97 Geran Tanah, Barangan Kemas & Barangan Lain Dirampas SPRM

21:42
Rasuah: Wang Tunai RM112 Juta, 9 Kereta Mewah, 97 Geran Tanah, Barangan Kemas & Barangan Lain Dirampas SPRM merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Rasuah: Wang Tunai RM112 Juta, 9 Kereta Mewah, 97 Geran Tanah, Barangan Kemas & Barangan Lain Dirampas SPRM.


KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM112 juta termasuk sembilan buah kereta mewah, barangan kemas, geran tanah serta beberapa lagi barangan lain, susulan tangkapan dua pegawai jabatan kerajaan di ibu negeri itu, semalam, berhubung kes rasuah membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion, lapor Harian Metro.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, kesemua wang dan barangan tersebut ditemui hasil daripada serbuan di beberapa lokasi termasuk pejabat, rumah dan kenderaan milik suspek. 

RM52 juta dari RM112 juta wang tunai itu disimpan di rumah, pejabat dan kenderaan suspek. Selebihnya di beberapa akaun bank milik suspek dan keluarga mereka. 

"Selain dua kakitangan kerajaan berpangkat pengarah, 54 dan timbalan pengarah, 51, dua lagi individu ditahan membabitkan seorang ahli perniagaan, 55, dan akauntannya, 50, turut ditahan untuk membantu siasatan. 





"97 geran tanah milik seorang dari pegawai kerajaan terbabit juga turut dirampas. Siasatan secara terperinci juga akan diteruskan termasuk membabitkan beberapa individu lain yang dipercayai boleh membantu siasatan," katanya. - 

Kredit: www.thereporter.my

#Infokini di Rasuah: Wang Tunai RM112 Juta, 9 Kereta Mewah, 97 Geran Tanah, Barangan Kemas & Barangan Lain Dirampas SPRM

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.