Petua Untuk Menghalau Nyamuk Tanpa Guna Ubat Nyamuk

23:08
Petua Untuk Menghalau Nyamuk Tanpa Guna Ubat Nyamuk merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Petua Untuk Menghalau Nyamuk Tanpa Guna Ubat Nyamuk.


Kehadiran nyamuk yang tidak pernah diundang ke rumah anda pastinya membuatkan anda merasa kurang senang.

Bukan sahaja akan merasa gatal apabila digigit nyamuk, malah mungkin berisiko terkena demam denggi yang sanggat merbahaya. Terbaharu, gigitan nyamuk gigitan nyamuk Aedes, terutama spesies Aedes aegypti juga boleh mendatangkan demam Zika iaitu wabak terbaru yang mula merebak ke seluruh dunia dari bawaan nyamuk. 

Sesetengah orang tidak terlalu menghiraukan kehadiran nyamuk kecuali jumlahnya terlalu banyak. Ada juga sanggup digigit nyamuk kerana tidak mahu memasang ubat nyamuk atau membuat semburan ubat nyamuk kerana baunya terlalu kuat/berasap.

Tidak mengapa, kami ada cara berkesan jika anda mahukan kaedah lain. Ikut cara-cara dibawah :

Petua #1 : Bahan Masakan Yang Biasa Kita Guna

Beberapa bunga cengkih, sebatang serai (daunnya sekali) dipotong halus, sebiji limau purut/limau nipis/lemon dan segelas air suam.

Perah limau ke dalam gelas air suam dan masukkan kesemua bahan yang lain.

Tutup gelas dan biarkan dalam 2,3 jam sehingga air berbau wangi.

Sapukan pada bahagian badan yang sering digigit nyamuk sebelum tidur. 

Tapis air tersebut dan simpan dalam botol kaca dalam fridge, boleh recycle guna air tersebut untuk 2 atau 3 hari.

Petua #2: Essential Oil dari Pasaraya

Gabungan minyak serai wangi (Lemongrass), minyak pudina (Peppermint) dan minyak kayu putih (Eucaplyptus). 

Titiskan ketiga-tiga jenis minyak ini (5 ke 6 titis) ke dalam shaker yang berisi air suam dan goncang.
Sapukan pada bahagian badan yang kerap kali nyamuk gigit. 

Perhatian! Elakkan dari terkena mata, bawah mata dan kening. 

Petua #3: Bunga Cengkih Dan Limau

Cucuk beberapa cengkih di atas limau yang telah dipotong dua seberapa banyak yang anda suka. Kalau limau dah kecut, buat yang baru. Kat pasar malam pun ada banyak limau dan bunga cengkih.

Petua #4 Paling Senang: Herbal Blend Multi-purpose Cream

Anda boleh cuba alternatif lain yang paling senang dan berkesan untuk mencegah nyamuk gigit pada waktu malam. Sapukan saja krim ekstrak lemon balm (melissa officinalis). Krim yang mengandungi lemon balm dilaporkan memberi kelegaan terutamanya dari gejala kegatalan dan kulit menjadi merah akibat gigitan nyamuk. Mengikut sumber dari Wikipedia, daun lemon balm yang telah dihancurkan dan kemudian disapukan pada kulit digunakan sebagai penghalau nyamuk.

Selamat mencuba! Semoga selepas ini rumah anda bebas dari gangguan nyamuk.

Kredit: CARI forum


#Infokini di Petua Untuk Menghalau Nyamuk Tanpa Guna Ubat Nyamuk

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.