Petua Nak Kenal Minyak Masak Yang Korang Beli Adalah Asli Atau Minyak Masak Kitar Semula merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Petua Nak Kenal Minyak Masak Yang Korang Beli Adalah Asli Atau Minyak Masak Kitar Semula.
Jangan tertipu kalau beli sesuatu barang. Korang kena jadi pengguna yang bijak tau. Kadang-kadang peniaga ni nak ambil untung banyak mereka akan guna cara yang tak jujur. Jadi, sebelum atau selepas beli, pastikan korang tak tertipu dengan barang yang dibeli okay.
Sebagai contoh, minyak masak. Ada petua yang korang boleh tahu untuk memastikan minyak masak yang korang beli tu asli dan bukan minyak masak yang sudah dikitar semula. Lihat petua dekat bawah :
1) Korang letak minyak masak dalam peti sejuk selama 2 jam. Sebab? Untuk memastikan ada atau tidak buih keputihan dan untuk memastikan minyak tu berbuih atau tidak. Sekiranya ada , minyak tersebut adalah minyak kitar semula. Bermaksud, minyak buangan.
2) Cara kedua, masukkan bawang putih dalam minyak tersebut, jika bawang putih bertukar jadi merah, ia bermaksud minyak yang korang guna merupakan minyak kitar semula dan ia sangat bahaya. Bawang putih tidak akan ebrubah jadi warna merah sekiranya minyak yang kita guna berkualiti baik.
Haa korang boleh cuba petua ni okay? Jangan tertipu tau !
#Infokini di Petua Nak Kenal Minyak Masak Yang Korang Beli Adalah Asli Atau Minyak Masak Kitar Semula
EmoticonEmoticon