Petua Macam Mana Nak Menghilangkan Kurap Secara Semulajadi Dengan Berkesan

00:34
Petua Macam Mana Nak Menghilangkan Kurap Secara Semulajadi Dengan Berkesan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Petua Macam Mana Nak Menghilangkan Kurap Secara Semulajadi Dengan Berkesan.


Petua 1 

Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

Petua 2 

Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

Petua 3

Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.

Petua 4

Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.

Petua 5

Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.

Petua 6

Dalam perubatan tradisional Melayu, daun ubat kurap merupakan ubat yang berkesan untuk menyembuh penyakit kurap. Daunnya yang dihancur dan dicampurkan dengan belerang disapu pada bahagian yang dijangkiti kurap. Lebih efektif jika daun ini ditonyoh pada bahagian kulit yang dijangkiti.



#Infokini di Petua Macam Mana Nak Menghilangkan Kurap Secara Semulajadi Dengan Berkesan

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.