Ketagih Minum Air Detox Lemon Untuk Nampak Kurus & Cantik? Ini Kesannya Jika Anda Ambil Berlebihan

07:18
Ketagih Minum Air Detox Lemon Untuk Nampak Kurus & Cantik? Ini Kesannya Jika Anda Ambil Berlebihan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ketagih Minum Air Detox Lemon Untuk Nampak Kurus & Cantik? Ini Kesannya Jika Anda Ambil Berlebihan.


Minuman air detox adalah untuk membuang toksin bagi mengurangkan berat badan. Lemon kebiasaanya mejadi pilihan mereka yang berdiet. Buah-buahan  yang lain pun ada juga yang guna, tapi majoriti yang kami lihat lebih selesa menggunakan air lemon.

Tapi tahukah anda dengan meminum air lemon yang berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh badan. Jika kesan-kesan ini dah mula dirasai, kurangkan pengambilan air detox lemon ini.

#1 Hakisan gigi

Lemon kan berasid, bila kita minum bergelas-gelas air yang berlemon gigi kita  turut kerap diselaputi asid dan ianya mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas.

Untuk perlindungan, gunakan straw bagi minuman yang berasid.

#2 Pedih ulu hati

Minuman berlemon juga boleh memedihkan ulu hati dan ini akan menyebabkan bahagian antara dada dan perut anda terasa pedih dan sakit.

Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang berasid bagi mengelakkan dan mengurangkan simptom ini.

#3 Kerap buang air dan dehidrasi

Air lemon mempunyai kesan diuretik dan ianya mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Nutrien ini terkenal dengan sifat diuretik bermakna ia akan meningkatkan pengeluaran air kencing di dalam buah pinggang dan ini akan membuatkan anda kerap untuk membuang air.

Sekiranya anda mula merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, rasa haus, kulit kering, sakit kepala segara kurangkan pengambilan air lemon.

Jangan sebab nak cepat kurus, penyakit lain pula yang datang. Utamakan kesihatan anda!
#Infokini di Ketagih Minum Air Detox Lemon Untuk Nampak Kurus & Cantik? Ini Kesannya Jika Anda Ambil Berlebihan

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.