Insiden Murid Tertusuk Gunting di Kening Akan Disiasat - Kamalanathan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Insiden Murid Tertusuk Gunting di Kening Akan Disiasat - Kamalanathan.
#Panas di Insiden Murid Tertusuk Gunting di Kening Akan Disiasat - Kamalanathan
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Kementerian Pendidikan akan menyiasat insiden seorang murid tahun enam di sebuah sekolah di Sabak Bernama yang tertusuk sebilah gunting di kening mata sebelah kanan.
Timbalan Menterinya, Datuk P. Kamalanathan berkata masih awal untuk membuat sebarang kenyataan berikutan insiden itu kerana pihaknya baru menerima laporan mengenai kejadian.
Laporan media sebelum ini melaporkan, pelajar terbabit sedang melakukan aktiviti di makmal sekolah berkenaan ketika kejadian.
Difahamkan, mangsa yang sedang memegang gunting ketika itu bangun dari tempat duduk dan terlanggar kaki meja sebelum terjatuh sehingga menyebabkan gunting tersebut tertusuk di keningnya.
Sehubungan itu, beliau berkata guru dinasihati agar tidak menviralkan (menyebarkan) gambar-gambar atau maklumat yang sensitif di laman sosial pada masa depan.
#Panas di Insiden Murid Tertusuk Gunting di Kening Akan Disiasat - Kamalanathan
EmoticonEmoticon