Hina Jalur Gemilang Di Litar Sepang, 9 Warga Australia Direman

21:57
Hina Jalur Gemilang Di Litar Sepang, 9 Warga Australia Direman merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Hina Jalur Gemilang Di Litar Sepang, 9 Warga Australia Direman.


PUTRAJAYA: Polis menahan sembilan lelaki warga Australia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) petang semalam selepas didakwa menghina negara dengan memakai seluar dalam Jalur Gemilang. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata mereka yang ditahan kira-kira jam 5 petang, berusia antara 25 hingga 29 tahun. "Semua mereka direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan. 

"Mereka juga turut disiasat mengikut Seksyen 14 kanun sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sejak petang semalam, gambar sekumpulan lelaki warga asing dikatakan penonton di SIC yang memakai seluar dalam Jalur Gemilang menjadi 'viral' di media sosial Facebook. 

Tindakan lelaki terbabit mendatangkan kemarahan pengguna laman sosial serta menyifatkan mereka menghina serta tidak menghormati negara ini. - BH Online
#Infokini di Hina Jalur Gemilang Di Litar Sepang, 9 Warga Australia Direman

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.