Hikmah dan Keutamaan Surat Al-Fatihah Yang Sangat Luar Biasa merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Hikmah dan Keutamaan Surat Al-Fatihah Yang Sangat Luar Biasa.
Al-Fatihah adalah Pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘doa’ yang paling mustajab.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’ (Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)
Jika diwiridkan dengan khusyuk dan tawaduk, fadhilatnya adalah seperti khatam Al-Quran. Rasulullah SAW bersabda: “Membaca sekali Al-Fatihah, pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran.”
Rasulullah SAW juga bersabda: “Surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi di dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:
“Sesiapa yang mempunyai maksud, sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali selepas solat Ba’diyah Maghrib, kemudian sampaikanlah permohonan hajatnya itu kepada Allah SWT.”
FADILAT DAN KHASIAT
Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahan. Di antara fadhilat dan khasiat lain Al-Fatihah ialah:
1. Memperolehi Hikmah
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
2. Hajat Tertunai
a. Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama 40 hari (tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya.
b. Sesiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
3. Keperluan Dipenuhi
a. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai solat fardhu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
b. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai solat Subuh maka ia akan perolehi hajatnya dan menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doa berikut:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
4. Mudahkan Rezeki
a. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah; Sesungguhnya Dikau berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, kabulkanlah apa yang kuhajati…..”
b. Membaca surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kali dansurah An-Nas 7 kali selepas Solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya Allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga.
5. Keselamatan
Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.
Sumber: https://shafiqolbu.wordpress.com
#Infokini di Hikmah dan Keutamaan Surat Al-Fatihah Yang Sangat Luar Biasa
EmoticonEmoticon