Guna Facebook Live Siar Adegan Bunuh Diri

09:42
Guna Facebook Live Siar Adegan Bunuh Diri merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Guna Facebook Live Siar Adegan Bunuh Diri.


Istanbul: Seorang pemuda berusia 22 tahun yang dipercayai putus cinta, menyiarkan secara langsung aksinya membunuh diri melalui Facebook, Isnin lalu.

Video Erdogan Ceren membunuh diri menggunakan senapang patah dipercayai disiarkan secara langsung dari bilik tidur di rumahnya di Duzici, wilayah Osmaniye.

Daily Mail melaporkan dalam video itu, Erdogan yang kelihatan tertekan memberitahu dia mahu membunuh diri kerana terlalu kecewa selepas ditinggalkan kekasihnya sambil menunjukkan selaras senapang patah dan memberitahu akan menembak dirinya.

“Tiada siapa percaya bila saya beritahu mahu membunuh diri. Jadi lihatlah ini,” katanya.

Dia kemudian menghalakan muncung senapang patah itu ke dadanya lalu menarik picu namun senjata itu tidak meletup.

Bagaimanapun, pada cubaan kedua senapang itu meletup dan kamera tiba-tiba menjadi gelap dipercayai terjatuh.

Selama beberapa saat kedengaran Erdogan bernafas kuat sebelum terhenti.

Sepanjang video itu disiarkan pengguna media sosial berusaha memujuk Erdogan supaya membatalkan niat namun tidak diendahkan.

Media Turki melaporkan keluarganya terdengar tembakan itu sebelum menemuinya dan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. - Harian Metro
#Infokini di Guna Facebook Live Siar Adegan Bunuh Diri

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.