Empat Mayat Myanmar Dibunuh Kerana Krisis Agama Kota Bharu, Kelantan..

13:44
Empat Mayat Myanmar Dibunuh Kerana Krisis Agama Kota Bharu, Kelantan.. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Empat Mayat Myanmar Dibunuh Kerana Krisis Agama Kota Bharu, Kelantan...

KOTA BHARU - Empat mayat yang ditemui di kawasan semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok, adalah warganegara Myanmar yang dibunuh kerana krisis agama.

Kesemua mangsa lelaki berusia 22 hingga 31 tahun itu dibunuh bermotifkan dendam berkaitan krisis agama di negara asal mereka membabitkan penganut Islam dan Buddha.

Menurut saksi, kesemua buruh binaan itu dilarikan  dari hostel mereka di Tunjung oleh sekumpulan sembilan lelaki bertopeng dan bersenjata pisau pada jam 11 pagi, Selasa lalu.

Jam 6 petang semalam, seorang penduduk menemui empat mayat bergelimpangan dalam kawasan semak terbabit.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abd Rahman Ismail berkata, kepala mangsa ditekup dengan plastik dan ditikam pada dada serta perut.

"Setiap mayat ada kesan tikaman, ada yang menpunyai satu kesan tikaman dan ada yang ada dua kesan.

"Juga terdapat kesan calar pada peha dan lengan dipercayai kesan pergelutan dan pergaduhan," katanya. - Sinar Harian
#Infokini di Empat Mayat Myanmar Dibunuh Kerana Krisis Agama Kota Bharu, Kelantan..

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.