Benarkah Mandi Malam Punca Penyakit Paru - Paru Berair..Baca Disini merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Benarkah Mandi Malam Punca Penyakit Paru - Paru Berair..Baca Disini.
Ada orang berpendapat bahawa mandi malam adalah penyebab utama seseorang menghidap penyakit paru-paru berair.
Kononnya air ketika kita mandi akan masuk melalui liang-liang roma sebelum terkumpul dibahagian paru-paru. Sejauh mana kebenarannya? Jom kita ketahuinya disini
Punca Penyakit Paru-Paru Berair
Paru-paru berair terjadi apabila berlakunya pengumpulan cecair berlebihan dalam paru-paru kita.
Jangkitan paru-paru berair terbahagi pula kepada dua iaitu Pulmonari Edema (PE) dan Pneumonia.
1. Pulmonari Edema
Pulmonari Edema adalah pengumpulan air berlebihan pada ruang tisu dan organ. Kesannya, paru-paru bengkak dan berair.
Punca berlakunya penyakit ini adalah disebabkan oleh kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung. Maka, kepercayaan sesetengah pihak bahawa ianya berpunca daripada kemasukan air ketika mandi adalah salah.
2. Pneumonia
Manakala penyakit Pneumonia pula disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan berlaku.
Malah, Pneumonia juga boleh dijangkiti melalui udara yang disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Sekali lagi, ia bukan berpunca dari mandi malam.
3. Nanah
Cecair yang terdapat dalam paru-paru pula bukanlah sama seperti air yang kita minum atau air paip yang dikatakan masuk kedalam paru-paru ketika mandi, tetapi ia adalah cecair yang dipenuhi nanah yang banyak malah adakalanya bercampur darah dan bendalir tubuh.
Tanda-Tanda Penyakit Paru-Paru Berair
Tanda-tanda yang boleh dilihat biasanya pesakit akan mengadu mengalami batuk, sakit dada dan sukar bernafas apabila melakukan kerja-kerja ringan.
Pada peringkat awal, rawatan akan dilakukan dengan menggunakan imbasan x-ray pada dada. Kemudian, pemeriksaan darah dan pemeriksaan fungsi paru-paru akan dilakukan.
Kesimpulan
Oleh itu, jika anda mengalami masalah sukar bernafas, mudah penat dan merasa tidak cukup oksigen meskipun hanya melakukan kerja-kerja ringan, segeralah datang berjumpa doktor supaya anda mendapat rawatan sebelum terlambat kerana penyakit ini boleh membawa maut.
#Infokini di Benarkah Mandi Malam Punca Penyakit Paru - Paru Berair..Baca Disini
EmoticonEmoticon