Azlina Berubah Jadi Pendiam Selepas Apa Yang Berlaku Terhadap Abangnya..

22:32
Azlina Berubah Jadi Pendiam Selepas Apa Yang Berlaku Terhadap Abangnya.. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Azlina Berubah Jadi Pendiam Selepas Apa Yang Berlaku Terhadap Abangnya...


Kejadian menimpa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Muhammad Shukri Hussin, 34, yang ditikam bertubi-tubi di Kuala Terengganu semalam memberi tamparan hebat kepada adiknya, Azlina, 27 yang merupakan bakal isteri suspek.

Azlina yang masih trauma de­ngan kejadian tersebut hanya mampu menangis selain berubah menjadi pendiam.

Abang iparnya, Mohd. Zuraidi Zulkifli, 34, memberitahu, Azlina banyak menghabiskan masa de­ngan termenung dan mengelak daripada bercakap dengan sesiapa.

“Dia pernah memberitahu ka­mi yang dia kesal dengan kejadian menimpa dan langsung tidak menyangka lelaki itu tergamak menikam arwah abangnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi di tempat letak kereta Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, Muhammad Shukri ditikam bertubi-tubi dengan pisau oleh suspek berusia 29 tahun yang kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

Kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati suspek yang berang apabila mangsa berjaya mendedahkan bahawa dia sudah berkahwin, bukan bujang sebagaimana didakwa.

Muhammad Shukri meninggalkan isteri yang hamil anak sulung lapan bulan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kok Keli 2, di sini, pada pukul 11.40 malam tadi.

Mohd. Zuraidi berkata, buat masa ini Azlina akan tinggal bersama keluarganya kerana bimbang suspek yang mengetahui lokasi kediaman gadis itu akan datang mencarinya.

“Suspek yang masih bebas itu mungkin sanggup melakukan apa sahaja. Jadi Azlina akan tinggal bersama saya dan isteri sehingga suspek berjaya diberkas,” katanya. - Harian Metro
#Infokini di Azlina Berubah Jadi Pendiam Selepas Apa Yang Berlaku Terhadap Abangnya..

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.