10 Sebab Utama Kenapa Roti Putih Bukan Sajian Yang Elok Semasa Bersarapan?

23:18
10 Sebab Utama Kenapa Roti Putih Bukan Sajian Yang Elok Semasa Bersarapan? merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 10 Sebab Utama Kenapa Roti Putih Bukan Sajian Yang Elok Semasa Bersarapan?.


Roti putih merupakan santapan yang lazat dan dikatakan menyihatkan bagi sebagian orang. Namun, anggapan seperti itu ternyata tidak sepenuhnya benar. Nyatanya roti putih ini mempunyai kesan buruk bagi kesihatan, bahkan mampu menyebabkan kematian.

Ramai pakar kesihatan yang menganjurkan kita agar tidak mengambil terlalu banyak roti putih, kerana memang roti putih tidak baik bagi kesihatan tubuh. Roti putih umumnya dihasilkan dari tepung, yang mengandungi kurang atau tidak ada nutrisi sama sekali.

Hakikatnya, tabiat memakan roti putih bukanlah baik untuk kesihatan. Laman web kesihatan & gaya hidup, www.boldsky.com mengulas fakta tentang keburukan amalan roti putih dengan terperinci seperti di bawah:

1. KADAR SODIUM TINGGI
Roti memiliki kadar sodium yang sangat tinggi. Apabila anda kerap makan roti putih, kadar garam di dalam tubuh akan meningkat dan ia bakal menjejaskan kesihatan anda.

2. TIDAK ADA NUTRISI
Roti putih tidak mempunyai nutrisi. Memang ia mengenyangkan perut terutamanya bagi anda yang mahu mengelak nasi tetapi ia tidak memberikan vitamin atau preotein yang diperlukan tubuh.

3. MENYUMBANG KEPADA KEGEMUKAN
Seperti yang dikatakan pada awalnya, ramai yang konfiden makan roti putih untuk elak nasi akan membuatkan mereka jadi kurus. Sebenarnya, roti mengandungi kalori yang akan meningkatkan berat badan anda.

4. MENGANDUNGI PROTEIN 'JAHAT'
Gandum pada roti mengandungi protein 'jahat' (glutten) yang sangat tinggi. Protein ini boleh menyebabkan perut terasa sakit (Coeliac) selepas makan.

5. TINGGI KARBOHIDRAT
Majoriti makanan berasaskan roti memiliki jumlah karbohidrat yang tinggi. Jika kerap makan roti putih, karbohidrat yang ada di dalam tubuh akan menyebabkan gangguan otak yang dapat menurunkan fungsi kognitif.

6. MENINGKATKAN KADAR GULA DALAM DARAH
Pati yang terdapat pada roti akan cepat memasuki saluran pencernaan tubuh dan seterusnya memasuki aliran darah dengan menjadi glukosa. Bila ini terjadi, ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah dan kadar insulin naik dengan cepat.

7. MENGANDUNGI SIRAP JAGUNG FRUKTOSA
Roti mengandungi sirap jagung fruktosa (gula) yang tinggi. jenis gula ini memberi kesan kepada kepada kesihatan anda khususnya mereka yang mengalami gout kerana menurut kajian untuk pesakit gout, antara penyebab kenaikan asid urik dalam darah adalah disebabkan kandungan fruktosa yang tinggi dalam tubuh. 

8. TINGGI KARBOHIDRAT TAPI RENDAH SERAT
Kandungan karbohidrat yang sangat tinggi dalam roti putih, berpotensi mengakibatkan hiperkarbohidrat atau kelebihan karbohidrat dalam tubuh. Jika dibiarkan, maka boleh berpotensi menyebabkan gangguan fungsi kognitif otak, seperti menurunnya kecerdasan dan daya ingat, bahkan alzheimer. Selain itu, kandungan serat yang sangat terbatas, akan menyebabkan berbagai gangguan pencernaan.

9. MENGENYANGKAN TETAPI TIDAK BERTAHAN LAMA
Ada beberapa sumber yang mengesahkan memakan roti putih tidak akan mengenyangkan. Menurut saya, perkara ini tidak betul. Roti putih tetap mampu mengenyangkan perut skita, tetapi rasa kenyang tersebut tidak akan bertahan lama. Jadi kita akan kembali lapar begitu cepat setelah memakan roti putih.

10. SUKAR DICERNA
Roti putih mengandungi serat yang rendah dan kandungan glutten yang sangat tinggi membuat roti putih sukar untuk dicerna. Selain itu, roti putih juga tidak mempunyai kandungan enzim yang boleh membantu memecah karbohidrat dan lemak agar mudah dicerna.

Sebab itu apabila kita bersarapan dengan roti putih, tak sampai 1-2 jam kadang kala kita dah mula lapar semula meskipun kita makan lebih 5 keping. Roti putih hanya sesuai jika kita perlukan tenaga segera untuk alas perut sahaja. Namun kami amat mengesyorkan pengambilan roti wholemeal berbanding roti putih kerana kandungan nutrisinya dan kenyang lebih lama.

#Infokini di 10 Sebab Utama Kenapa Roti Putih Bukan Sajian Yang Elok Semasa Bersarapan?

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.