Petua Di Dapur Untuk Yang Baru Bergelar Isteri

10:22
Petua Di Dapur Untuk Yang Baru Bergelar Isteri merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Petua Di Dapur Untuk Yang Baru Bergelar Isteri.


Selain petua malam pertama, petua ini juga penting. Kan orang tua selalu berpesan cara untuk tambat hati suami adalah melalui perutnya. Jadinya inilah yang perlu dimahirkan dulu.

Tapi sebelum memasak, VK kongsi asas untuk memilih sayur, ikan atau ayam yang baik bila ke pasar Jadi dapatlah anda sediakan yang terbaik untuk suami. Barulah encik suami sayang.

1. Ayam – pastikan daging dan kulitnya warna merah. Jika sudah berwarna biru jangan beli, itu tanda daging ayam sudah busuk. 

2. Ikan – cari ikan yang nampak berkilat dan lihat juga matanya. Cari mata ikan yang warna cerah dan berlendir. Ini tanda ikan baru.  

3. Udang - warna masih merah dan kulit belum tanggal. Jangan beli kepala udang yang sudah hitam dan badan lembik.

4. Kerang - cengkerang tertutup. Ada juga yang pilih isi kerang yang berwarna merah dan terkeluar sedikit. Tanda kerang masih baru.

5. Ketam – lihat warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Warna kebiruan menandakan ketam segar. Boleh juga timbang ketam menggunakan, yang berat tanda isi padat. 

6. Kubis - pilih yang ringan dan bila dipotong nampak rongganya besar. Kobis ini selalunya manis dan sedap.

7. Sawi – pilih daun lebar tapi batang kecil. Sawi yang batang besar biasanya pahit.

8. Timun- pilih yang lurus dan pangkalnya tak banyak warna hijau. Timun yang banyak warna hijau selalunya pahit.

9. Tomato- pilih yang ada sedikit warna hijau, jangan semua merah. Ini tanda isinya padat dan ranggup. Tomato yang berwarna merah semuanya bermakna sudah betul-betul masak dan selalunya tidak  tahan lama.

10. Keledek- pilih yang bentuk lurus, kulitnya bersih. 

Ok, sekarang dah tahu petua pilih bahan mentah, bolehlah mula memasak. Semoga enak hidangannya.

Kredit: Vanilakismis


#Infokini di Petua Di Dapur Untuk Yang Baru Bergelar Isteri

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.