Pendidikan Seks Akan Diajar Kepada Pelajar Umur 16+ Bulan Depan

00:24
Pendidikan Seks Akan Diajar Kepada Pelajar Umur 16+ Bulan Depan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pendidikan Seks Akan Diajar Kepada Pelajar Umur 16+ Bulan Depan.

Pendidikan Seks Akan Diajar Kepada Pelajar Umur 16+ Bulan Depan|Bermula bulan depan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan akan memperkenalkan modul pendidikan seks kepada remaja lelaki berusia 16 tahun ke atas bermula bulan depan lapor Projek MMO.
Ketua setiausahanya, Dr Rose Lena Lazemi dalam satu kenyataan berkata, model Pendidikan Seks berkenaan akan mula diajar di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah dimana ia akan dimasukkan dalam program kaunseling sekolah.
“Antara kandungan modul yang akan diberi penekanan termasuk isu seks sebelum berkahwin, variasi seks, kehamilan remaja, penderaan seksual dan penyakit kelamin termasuk HIV atau AIDS.
“Modul ini untuk menangani isu seksual, kesihatan reproduktif dan sosial dalam kalangan remaja lelaki sekaligus mengelakkan kelakuan songsang dalam kalangan remaja,” katanya dipetik laporan Berita Harian.
Bagaimanapun berdasarkan laporan media itu tidak menyatakan samada remaja perempuan akan terlibat sama dalam proses pembelajaran berkenaan.
“Seramai 3,980 daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah pada tahun lalu di mana lima negeri mencatatkan kes kehamilan remaja ter­tinggi iaitu Sabah de­ngan 3,084 kes diikuti Sarawak (2,910), Selangor (1,461), Johor (1,319) dan Pahang 940 kes.”
“Laporan polis juga menunjukkan jumlah pembuangan bayi di negara ini adalah 432 kes sejak 2011 hingga Jun 2015 dengan kejadian kehamilan luar nikah me­rupakan punca utama kes tersebut berlaku,” katanya seperti dipetik dari Utusan Malaysia.

#Panas di Pendidikan Seks Akan Diajar Kepada Pelajar Umur 16+ Bulan Depan

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.