Pahala Yang Paling Besar Seorang Suami Adalah Nafkah Yang Berikan Kepada Isteri Mereka merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pahala Yang Paling Besar Seorang Suami Adalah Nafkah Yang Berikan Kepada Isteri Mereka.
#Infokini di Pahala Yang Paling Besar Seorang Suami Adalah Nafkah Yang Berikan Kepada Isteri Mereka
“Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk istrimu, yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada istrimu.” (HR. Bukhari Muslim)
Dari hadis diatas dijelaskan bahwa harta yang diberikan (nafkahkan) kepada keluarganya, lebih utama daripada didermakan harta bendanya untuk perjuangan Islam. Jadi bagaimana sekiranya terdapat isteri yang sering ditinggalkan suaminya dengan alasan dakwah, sedangkan kebajikan anak-anak dan isterinya tidak dijaga dengan baik? Rasulullah SAW memang seorang tokoh pendakwah yang teragung sepanjang zaman, akan tetapi baginda sering memberikan perhatian kepada keperluan dan kebajikan isteri-isteri baginda.
Begitu besar perhatian Rasulullah SAW, terhadap hak-hak kaum wanita, sehinggakan baginda memberitahu kepada kaum lelaki cara yang terbaik untuk memuliakan seorang wanita.
Perlu diketahui oleh para suami bahawa nafkah yang mereka berikan kepada keluarga mereka tidaklah sia-sia di hadapan Allah SWT. Bahkan nafkah itu akan dicatat sebagai amalan sedekahnya, sebagaimana hadit dari Abu Mas’ud Al-Anshari dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda:
“Apabila seorang muslim memberi nafkah kepada keluarganya dan dia mengharapkan pahala dengannya maka nafkah tadi dianggap sebagai sedekahnya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Bahkan satu suapan makan yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya dianggap sebagai suatu sedekah. Demikian disabdakan Nabi Muhammad pada shahabat beliau, Sa’ad bin Abi Waqqash:
“Dan apa pun yang engkau nafkahkan maka itu dianggap sebagai sedekah bagimu sampaipun suapan yang engkau berikan ke mulut istrimu.” (HR. Al-Bukhari)
Dalam riwayat Muslim disebutkan:
“Tidaklah engkau menafkahkan satu nafkah yang dengannya engkau mengharap wajah Allah kecuali engkau akan diberi pahala dengannya sampaipun satu suapan yang engkau berikan ke mulut isterimu.”.
MasyaAllah, tidak sanggup bagi baginda Rasulullah SAW untuk menjadikan kaum hawa mangsa dari sikap suami mereka yang tidak bertanggungjawab.
Beruntung sekali bagi seorang isteri yang memiliki suami yang pemurah dan tidak berkira kepada diri mereka. Rasulullah SAW merupakan seorang suami yang paling pemurah kepada isteri-isteri baginda, juga kepada sahabat dan kaum keluarganya. Sikap pemurah Rasulullah SAW menjadikan isteri-isteri baginda semakin mencintai dan menyayangi baginda.
EmoticonEmoticon