8 Pantang Larang Nenek Moyang dan Maksud Sebenarnya

22:17
8 Pantang Larang Nenek Moyang dan Maksud Sebenarnya merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 8 Pantang Larang Nenek Moyang dan Maksud Sebenarnya.


Menjadi turun temurun masyarakat Melayu untuk ikut pantang larang nenek moyang kita. Macam-macam pantang larang yang diajar, tapi sebenarnya bila fikir logik tak ada kena mengena pun kan. Yela, tak boleh menyanyi kalau kat dapur. Kenapa?

Haa, sebenarnya ada maksud tersirat di sebalik pantang larang yang orang-orang tua selalu ingatkan. 

1. Jangan duduk atas bantal nanti tumbuh bisul
Maksudnya: Bantal kan tempatnya di kepala, jadi tak elok dan sopan kalau letak bantal di sebagai alas punggung. 
2. Jangan makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng
Bahagian leher ayam kan ada satu, jadi tak elok kalau berebut-rebut. 
3. Perempuan jangan menyanyi kalau tengah masak di dapur nanti dapat suami tua
Sebenarnya orang tua-tua taknak kita hilang fokus nanti asyik sangat menyanyi terpotong tangan ke apa kan.
4. Jangan biarkan pinggan kering lepas makan, nanti rezeki tak masuk
Tapi sebenarnya nak memudahkan basuh pinggan nanti. Kalau dah kering kan susah nak rendam dulu baru cuci. 
5. Jangan potong kuku waktu malam nanti kuku mati
Orang dulu potong kuku guna pisau, jadi kalau potong malam khuatir akan tercedera. 
6. Masuk rumah sebelum maghrib kalau kena sorok dengan hantu 
Waktu maghrib kan singkat. Jadi kalau lambat takut terlepas pula solat maghrib. 
7. Suka angkat kedua-dua kaki ketika baring meniarap nanti mak cepat mati
Kan tak sopan kalau tiba-tiba ada orang datang atau orang luar lihat anak-anak macam tu kan.
8. Jangan makan pindah-pindah tempat nanti banyak suami
Tak sopan kalau asyik berpindah randah makan. Tambahan pula taknak nanti berselerak atau makanan tertumpah ke. 


#Infokini di 8 Pantang Larang Nenek Moyang dan Maksud Sebenarnya

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.