5 Petua Mudah Untuk Halau Anai-anai dari Rumah

15:44
5 Petua Mudah Untuk Halau Anai-anai dari Rumah merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 5 Petua Mudah Untuk Halau Anai-anai dari Rumah.


Anda mengalami masalah anai-anai 'naik' rumah? Dah puas sembur dengan racun tetapi masih tidak berkesan? Anai-anai ni agak berbahaya kerana ia 'makan dalam'. Contohnya papan, kita lihat luarannya baik-baik je tapi di dalam sudah menjadi seperti rongga kerana anai-anai makan bahagian dalam papan tersebut seterusnya akan mereput. Perkara ini agak merunsingkan. Bukan sahaja papan, dinding simen pun dipanjatnya jugak!

Kalau dah sembur racun pun tidak mendatangkan hasil, jom cuba mana-mana cara mudah berikut:

1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.

2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.

4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

Bahan-bahannya memang mudah didapati di pasaran. Hilangkan masalah anai-anai segara.
Selamat mencuba.


#Infokini di 5 Petua Mudah Untuk Halau Anai-anai dari Rumah

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.