4 Makanan Yang Bersihkan Paru-Paru Dalam Masa 72 Jam

01:13
4 Makanan Yang Bersihkan Paru-Paru Dalam Masa 72 Jam merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 4 Makanan Yang Bersihkan Paru-Paru Dalam Masa 72 Jam.


Masalah paru-paru amat sinonim bagi mereka yang bergelar perokok. Sesetengah orang mungkin turut mengalami masalah paru-paru sungguhpun mereka tidak pernah hisap rokok.

Ada individu yang pernah menghabiskan umurnya selama 40 tahun dengan merokok tetapi mereka langsung tidak mengalami sebarang masalah pada organ paling penting ini. Semua ini bergantung pada tahap kesihatan tubuh badan seseorang itu.

Di bawah ini kami kongsikan beberapa tips yang diakui dapat mengurangkan atau membersihkan paru-paru dalam masa beberapa hari.

Sebelum anda memulakan proses detoksifikasi, anda perlulah ‘membuang’ kesemua jenis pengambilan kafein, ini penting demi kelancaran proses detoksifikasi dalam tubuh badan.

Hari Pertama:

Minum secawan teh herba atau teh Cina sebelum tidur. Ini sangat bagus untuk sistem penghadaman di samping dapat membuang segala toksin dalam usus yang juga menyebabkan masalah sembelit. Toksin yang dinyahkan melalui pengambilan teh herba dapat membantu paru-paru berfungsi dalam keadaan baik.

Perahan lemon dalam air dengan kuantiti 300ml sebelum anda mengambil sarapan pagi. Jika tiada lemon, anda boleh menggantikan jus oren sebanyak 300ml sebelum sarapan. Jus sememangnya berfungsi sebagai agen semulajadi yang mengandungi antioksidan di mana ia membantu meningkatkan sistem pernafasan.

Minum 300ml jus lobak merah diantara waktu sarapan dan makan tengah hari. Jus lobak merah berfungsi untuk mengalkali darah anda selama tiga hari pengambilan jus tersebut.

Waktu makan tengah hari, anda perlu minum 400ml jus yang kaya dengan potassium (kalium). Contoh jus dengan kandungan potassium adalah adalah jus buah prune, jus oren, dan jus limau bali. Selain berfungsi sebagai agen ‘pembersihan’, pengambilan potassium juga dapat membantu meredakan tekanan darah.

Tips ketika mandi

Anda digalakkan mandi selama 20 minit dengan air panas setiap hari bagi membolehkan air tersebut dapat membuang lebihan toksin yang melekat pada kulit badan.

Selain tips di atas, ada lagi 4 makanan yang mudah diperoleh untuk membersihkan paru-paru dalam masa tiga hari.

1. Halia

Halia mempunyai ciri-ciri antiseptik & antibakteria. Halia juga membantu tiub bronkial di paru-paru untuk menghapuskan bahan-bahan berbahaya dari paru-paru. Secara amnya, bagi perokok yang mengamalkan pengambilan halia, mereka akan merasakan sistem pernafasan lebih lega dan lancar. Cara terbaik pengambilan halia adalah dengan mengunyah setiap hirisan halia yang dipotong nipis. Jikalau tidak mampu mengunyah halia mentah-mentah, boleh amalkan tea halia. Masukkan hirisan halia muda ke dalam air teh kegemaran anda. Amalkan setiap hari

2. Limau Bali

Kaya dengan antioksidan dan sesuai bagi penghidap kanser paru-paru. Antioksidan berfungsi mencegah sel-sel kanser dari terus merebak tanpa kawalan. Penyelidik berkata, limau bali kaya dengan vitamin C yang mana buah ini mempunyai keupayaan untuk menghalang tindakan enzim yang boleh mengaktifkan sel kanser paru-paru. Amalkan makan limau bali jika anda seorang perokok tegar.


3. Selenium

Selenium merupakan mineral yang merangsang enzim dan bersama-sama dengan vitamin E membantu dalam mengukuhkan membran paru-paru. Jika selenium banyak di dalam tubuh badan, maka sel-sel kanser akan berkurangan atau hilang. Mineral Selenium terdapat di dalam telur, brokoli, asparagus, bayam, oat serta ikan salmon. Selenium meningkatkan kadar imun dan membersihkan paru-paru dari serangan toksin.

4. Bawang Putih

Satu kajian yang pernah dijalankan menunjukkan makan bawang putih sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru. Bawang putih diakui mengandungi antioksidan yang boleh mengurangkan radikal bebas dalam badan yang berfungsi untuk menghapuskan keradangan dalam badan.

Sumber: Lelakisihat

#Infokini di 4 Makanan Yang Bersihkan Paru-Paru Dalam Masa 72 Jam

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.