Road Trip, Filem 4 Minit Yang Mengisahkan Usaha 3 Sahabat Cuba Pulihkan Kembali Memori Rakannya merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Road Trip, Filem 4 Minit Yang Mengisahkan Usaha 3 Sahabat Cuba Pulihkan Kembali Memori Rakannya.
Memori merupakan satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai buat kita, manusia. Tanpa memori, tiadalah gelak tawa bersama rakan-rakan, tanpa memori tiada nilai kasih sayang dari yang tersayang dan tanpa memori, siapalah kita.
Memori merupakan satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai buat kita, manusia. Tanpa memori, tiadalah gelak tawa bersama rakan-rakan, tanpa memori tiada nilai kasih sayang dari yang tersayang dan tanpa memori, siapalah kita.
Menerusi satu filem pendek yang bertajuk 'Road Trip', Maxis mengabadikan betapa bernilainya sesebuah memori dalam kehidupan seseorang manusia yang menjadikan siapa kita hari ini.
Filem pendek berdurasi empat minit itu mengisahkan tentang Omar, seorang pesakit alzheimer yang 'berperang' untuk mengait semula memori-memorinya yang semakin hilang dek kerana penyakit itu.
Ketika memorinya semakin pudar, rakan-rakan Omar iaitu Eddie, Man dan Henry cuba membantu Omar untuk mendapatkan cebisan memorinya semula.
Dari situ, bermulalah episod 'Road Trip' rakan-rakan Omar ke tempat-tempat nostalgik yang pernah mereka lalui bersama.
Ikuti filem pendek itu menerusi video di bawah :
#Panas di Road Trip, Filem 4 Minit Yang Mengisahkan Usaha 3 Sahabat Cuba Pulihkan Kembali Memori Rakannya
EmoticonEmoticon