Olimpik Rio : Ganjaran RM100,000 Menanti Peng Soon-Liu Ying Jika Raih Emas Olimpik Pertama Negara

02:13
Olimpik Rio : Ganjaran RM100,000 Menanti Peng Soon-Liu Ying Jika Raih Emas Olimpik Pertama Negara merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Olimpik Rio : Ganjaran RM100,000 Menanti Peng Soon-Liu Ying Jika Raih Emas Olimpik Pertama Negara.

Kuala Lumpur, 16 Ogos - Ganjaran RM100,000 menanti beregu campuran negara, Chan Peng Soon - Goh Liu Ying, jika mereka berjaya memenangi pingat emas Olimpik yang pertama untuk negara ini esok.

Ganjaran itu ditawarkan oleh Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya, XOX Bhd (XOX).

"Prestasi Peng Soon-Liu Ying ketika ini amat membanggakan negara. Mereka akan mencipta sejarah dan kami akan bersama-sama dengan mereka," kata Pengarah Urusan Kumpulan XOX Datuk Eddie Chai sebagaimana lapor Sinar Online.

"XOX mahu mengajak semua rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan semangat dan emosi kepada wira sukan negara ini dalam usaha mereka untuk menempa kegemilangan dan tempat dalam buku sejarah," tambahnya.

Pasangan itu yang berada di tangga ke-11 dunia membuat kejutan apabila mara ke perlawanan akhir dengan menewaskan pasangan nombor enam dunia, Xu Chen/Ma Jin dari China dalam perlawanan peringkat separuh akhir pada Isnin.

Beregu negara itu akan melawan beregu Indonesia, Tontowi Ahmad/Lillyana Natsir dalam perlawanan akhir pada Rabu, 11.30 malam. - Siakapkeli.my

Sumber : Sinar Online

#Panas di Olimpik Rio : Ganjaran RM100,000 Menanti Peng Soon-Liu Ying Jika Raih Emas Olimpik Pertama Negara

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.