Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.
Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.
"Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok."
“Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika mengulas #tindakan sesetengah individu yang ber’selfie’ di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.
Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.
Beliau berkata, tidak ada sebarang nas #yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan sempena sambutan hari raya kerana ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah-menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal dilaksanakan sempena sambutan hari raya.
“Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat-sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.
“Sebab itu kita juga digalakkan untuk #berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya,” katanya.
Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan. KREDIT SINAR HARIAN.
#Panas di "Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok." - Mufti Perak
EmoticonEmoticon