Terkena Strok di Negara Orang : 'Jadikan Kisah Ayah Saya Sebagai Pengajaran' - Fadhli Sahar

18:37
Terkena Strok di Negara Orang : 'Jadikan Kisah Ayah Saya Sebagai Pengajaran' - Fadhli Sahar merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Terkena Strok di Negara Orang : 'Jadikan Kisah Ayah Saya Sebagai Pengajaran' - Fadhli Sahar.

Kuala Lumpur, 31 Julai - Baru-baru ini, kisah seorang rakyat Malaysia, Mohamad Sahar, yang terkena strok di London mendapat perhatian yang meluas di Malaysia.

Sehubungan viralnya kisah itu, anak kepada Mohamad Sahar, Fadhli Sahar, meminta agar rakyat Malaysia mengambil iktibar dari apa yang terjadi kepada keluarganya.

Fadhli yang menghubungi Siakapkeli berkata, dia mengakui kesilapan pertama mereka adalah tidak mengambil insuran perjalanan.

"Saya perasan ada sesetengah orang marah kerana (kami) tak ambil insuran

"Dan betul itu adalah kesilapan pertama kami. Kami menyesal dengan perkara itu. Benda ni dahpun jadi dan kami sekeluarga perlu berfikir pelan seterusnya untuk bawa ayah kami pulang.", kata Fadhli ketika beliau menghubungi Siakapkeli pada Sabtu.

Selain itu, Fadhli juga berkata dia berharap agar rakyat Malaysia dapat belajar betapa pentingnya insuran perjalanan.

"Saya berharap dari kejadian ini, rakyat Malaysia dapat belajar bahawa insuran perjalanan adalah sangat penting semasa ke luar negara", kata Fadhli lagi.

Dalam perkembangan terbaru, BH Online melaporkan Mohamad Sahar dijangka akan dibawa pulang pada 8 Ogos ini yang akan dibantu oleh MARA dan Kerajaan Negeri Sembilan. - Siakapkeli.my

Sumber : mStar, BH Online

#Panas di Terkena Strok di Negara Orang : 'Jadikan Kisah Ayah Saya Sebagai Pengajaran' - Fadhli Sahar

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.