Suri Rumah Berusia 41 Tahun Disahkan Positif Difteria, Kes Pertama Libatkan Orang Dewasa Pada 2016

19:43
Suri Rumah Berusia 41 Tahun Disahkan Positif Difteria, Kes Pertama Libatkan Orang Dewasa Pada 2016 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Suri Rumah Berusia 41 Tahun Disahkan Positif Difteria, Kes Pertama Libatkan Orang Dewasa Pada 2016.


Negeri Sembilan, 17 Julai - Seorang suri rumah berusia 41 tahun disahkan positif difteria dan ia merupakan kes pertama kes wabak tersebut yang melibatkan orang dewasa pada tahun 2016.

Kes itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan media di laman kpkesihatan.com.

Menurut kenyataan itu, suri rumah itu mengalami demam pada 11 Julai lalu dan mengadu tonsilnya membengkak, serak suara dan sukar menelan.

Pesakit itu telah pun mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau pada 13 Julai dan disyaki menghidap difteria.

Pesakit itu kemudian dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar sebelum dimasukkan ke wad untuk isolasi serta rawatan.

Kes terbaru ini menjadikan angka kes difteria di Malaysia meningkat kepada 15 dimana 5 darinya telah meninggal dunia.

Noor Hisham juga turut menyeru agar ibu bapa memastikan anak-anak mereka di bawah umur 7 tahun mendapatkan imunisasi 5-serangkai yang lengkap.

Sumber : kpkesihatan.com

#Panas di Suri Rumah Berusia 41 Tahun Disahkan Positif Difteria, Kes Pertama Libatkan Orang Dewasa Pada 2016

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.