SUPERMAN BODOH : Syed Saddiq Sekolahkan Pemimpin DAP!!!

11:54
SUPERMAN BODOH : Syed Saddiq Sekolahkan Pemimpin DAP!!! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri SUPERMAN BODOH : Syed Saddiq Sekolahkan Pemimpin DAP!!!.
Siapa yang tidak kenal Syed Saddiq? Adakah beliau telah "u-turn" atau telah "dicerdikkan" oleh pemimpin kerajaan sehingga mengubah gaya dan pendiriannya terhadap pembangkang? Atau kenyataan terbarunya ke atas pemimpin DAP ini hanya sekadar retorik?

Keceluparan ahli DAP yang juga dikenali ‘Superman’ Hew Kuan Yau mengeluarkan kenyataan mendakwa Laut China Selatan milik China, diselar aktivis pelajar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Syaddiq menggesa DAP tidak lagi menutup mata tetapi mengambil tindakan segera terhadap kenyataan Hew di laman sosial Facebooknya yang kelihatan tidak patriotik dan memperlekeh kedaulatan negara.
“Kenyataan berunsur lemah, tidak berasas dan tidak patriotik Hew boleh melemahkan hak dan kedaulatan Malaysia ke atas pulau-pulau yang sedang dipertikai (kepulauan Spratly dan lain-lain),” kata jurucakap kumpulan belia Challenger, dalam satu kenyataan hari ini.
“Kenyataan Hew boleh melemahkan usaha yang dilakukan oleh pasukan tentera yang bertungkus-lumus menjaga laut dan sempadan untuk kepentingan dan kedaulatan negara.
“Kenyataannya juga melemahkan usaha-usaha yang dibuat oleh diplomat, peguam dan pegawai yang bekerja di kementerian hal ehwal luar negara untuk mendapatkan penyelesaian terbaik demi melindungi kedaulatan negara,” katanya.
Syed, pendebat yang tiga kali dinobatkan terbaik di Asia menambah, kenyataan Hew satu bentuk kejahilan sekali gus menggelar Hew sebagai ‘Superman Bodoh’.
“Ini lebih-lebih lagi selepas Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague mengeluarkan teguran undang-undang terhadap tuntutan maritim China di Laut China Selatan.
“Menurut ‘Superman’, China memiliki Laut China Selatan dan sumber asli bernilai berbilion serta kelebihan perlindungan.
“Sebagai seorang rakyat Malaysia yang amat prihatin terhadap kedaulatan negara saya sangat marah dengan kenyataan tidak berasas dan tidak patriotik dilafazkan oleh orang pernah berkata ‘screw orang melayu’, kira-kira dua bulan lalu,” rujuknya.
Oleh itu, Syed meminta Hew, Superman Bodoh itu didisiplinkan kerana tiada cara lain selain itu.
Hew juga diserang pengguna-pengguna Facebook selepas memuatnaik status melabelkan mereka yang menentang tuntutan China ke atas Laut China Selatan sebagai anti-komunis.
Ini bukan kali pertama Hew telah menarik kontroversi.
Dia pernah menjadi tajuk utama sewaktu pilihan raya negeri Sarawak selepas videonya dimuatnaik dalam talian di mana dia menggesa pengundi Cina di Batu Kitang supaya menyokong calon DAP, Abdul Aziz Isa supaya mereka boleh “skru orang Melayu” dan “skru pegawai-pegawai Melayu yang mengamalkan rasuah”.
#Panas di SUPERMAN BODOH : Syed Saddiq Sekolahkan Pemimpin DAP!!!

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.