Pencuri Panik, Lari Selepas Serah MyKad

10:54
Pencuri Panik, Lari Selepas Serah MyKad merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pencuri Panik, Lari Selepas Serah MyKad.

BAHAU, 14 Julai - Tindakan seorang lelaki yang ingin mencuri barangan dalam sebuah rumah di Bahau tidak kesampaian apabila dia ditangkap ketika menyorok di pintu belakang bilik yang dicerobohnya.

Lebih pelik, pencuri yang berusia 26 tahun itu menyerahkan kad pengenalannya semata-mata kerana mahu melarikan diri sebaik sahaja dicekup.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi kelmarin itu, lelaki terbabit seolah-olah berserah sebaik kad pengenalan dan dompetnya diperiksa oleh penghuni rumah yang menangkapnya.

Kejadian disedari penghuni yang ketika itu baru pulang dari pasar Bahau apabila mendapati ada sepasang kasut tidak diketahui milik siapa di hadapan rumahnya.

Penghuni itu cuba menolak pintu beberapa kali lalu keluar seorang lelaki tidak dikenali. 

"Dengan pantas dia menghalang lelaki itu dan memeriksa dompet kemudian mengambil kad pengenalannya. 

"Bagaimanapun dia berjaya larikan diri,“ katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor mengesahkan laporan. - Siakapkeli.my

Sumber : sinarharian.com.my

#Panas di Pencuri Panik, Lari Selepas Serah MyKad

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.