Kenali Apa Itu Penyakit Sifilis & Cara Mencegahnya merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Kenali Apa Itu Penyakit Sifilis & Cara Mencegahnya.
Jangkitan sifilis merupakan salah satu penyakit kelamin yang terkenal. Penyakit ini serius dan boleh membunuh atau mengakibatkan pengidap-pengidapnya menjadi gila dan buta.
Bagi kanak-kanak yang lahir dari ibu yang mempunyai penyakit ini, mereka akan mengalami kecacatan otak dan lain-lain kecacatan.
Penyakit jangkitan sifilis merebak dalam tiga peringkat.
Peringkat pertama jangkitan sifilis
Peringkat pertama, jangkitan sifilis bermula dari persetubuhan dengan seseorang yang mengidap penyakit ini. Kuman-kuman sifilis akan masuk ke dalam luka-luka kecil di kulit dan menyebabkan satu kebengkakan terjadi lebih kurang dua minggu selepas pendedahan awal.
Bengkakan ini dikenali dengan nama “syphilitic chancre”. Bagi lelaki “chacre” akan terjadi pada zakar atau skortum. Bengkakan ini tidak terasa sakit.
Ia merupakan seperti butang merah lebih kurang berukuran bulatan 1 cm. Di dalam gelembung yang bengkak ini terdapat kuman-kuman sifilis yang berjangkit.
Bagi wanita pula “chancre” kerap terjadi di dalam faraj dan oleh itu sukar untuk dilihat. Tetapi bengkakan ini tetap ada dan akan merebak lebih banyak kuman-kuman sifilis kepada sebarang zakar yang di masukkan ke dalam faraj tersebut. “Chancre” kelihatan akan hilang dengan sendirinya di dalam masa seminggu, tetapi kuman-kuman sifilis akan terus berkembang baik di dalam badan dan menunggu untuk merosakkan bahagian-bahagian anggota tubuh badan di dalam peringkat kedua pertumbuhan penyakit ini.
Peringkat kedua jangkitan sifilis
Peringkat kedua sifilis terjadi di dalam masa dua bulan. Kuman-kuman sifilis menjalar ke seluruh tubuh badan ketika di peringkat ini. Pegidap-pengidapnya akan demam.
Keseluruhan badan ditumbuhi bintik-bintik merah atau ruam, kelenjar-kelanjar limpa akan membesar, ulser mulut akan dipenuhi dengan kuman-kuman sifilis.
Peringkat ketiga jangkitan sifilis
Pada peringkat ketiga, sifilis akan terjadi pada dua hingga 20 tahun akan datang. Di mana sahaja kuman-kuman sifilis akan menginap, ia mungkin akan memusnahkan bahagian-bahagian anggota badan. Ia mungkin terdapat pada otak, jantung, saluran darah atau mana-mana tulang. Kerosakkan yang dialami sungguh dasyat dan tidak dapat dirawat dan diubati lagi bila sampai ke peringkat ini.
Penyakit kelamin yang kedua ialah gonorrea. Para pengidap penyakit ini terdiri dari kaum lelaki.
Penyakit ini menyebabkan satu lelehan yang bernanah dari zakar selepas satu atau dua minggu mengadakan persetubuhan dengan wanita yang mengidapi gonorrhea.
Jika tidak dirawat, jangkitan-jangkitan kuman ini akan merebak ke bahagian dalam. Ini akan mengakibatkan buah zakar akan tersumbat dan tersekat. Lelaki boleh menjadi mandul akibat penyakit ini.
Bagi kaum perempuan pula, jangkitan mungkin tidak berapa jelas. Dan mungkin juga tidak terdapat simton yang nyata tetapi seseorang lelaki yang mengadakan hubungan jenis dengannya mungkin akan mendapat jangkitan kuman darinya. Kuman-kuman gonorrhea menyebabkan jangkitan pada tiub atau saluran pembiakan dan ia mengakibatkan kemandulan.
Contoh Penghidap Penyakit Sifilis (Gambar 18sx) – Klik Untuk Lihat
Bagaimana Hendak Mencegah Penyakit Kelamin?
Cara yang paling baik untuk mencegah dan mengelakkan penyakit ini ialah dengan menjauhkan diri atau mengelakkan terus melakukan hubungan seks dengan pengidap-pengidap penyakit ini.
Mereka yang kerap mengadakan hubungan seks dengan berbagai-bagai pasangan kemungkinan akan mudah dijangkiti kuman VD dari mereka yang melakukan hubungan seks dengan pasangan yang tatap satu.
Jika hubungan seks mempunyai risiko yang tinggi, maka hendaklah si lelaki menggunakan kondom. Ini mungkin akan mengurangkan risiko tersebut. Antibiotik tidak memberi kesan bagi mengawal atau mencegah jangkitan kuman penyakit kelamin.
Bagaimana Penyakit Kelamin Boleh Disembuhkan?
Setiap jangkitan yang tertentu hendaklah terlebih dahulu ditentukan jenis-jenis penyakit dan tanda-tandanya dengan betul (diagnose). Rawatan yang sesuai akan diberikan oleh doktor setelah penyakit ini ditentukan. Anda tidak perlu merasa malu untuk mendapatkan nasihat dari doktor.
Dengan merawat sendiri penyakit ini mungkin tidak memberi kesan. Anda cuma berjaya menyorokkan penyakit ini tetapi tidak dapat menghapuskannya secara berkesan.
EmoticonEmoticon