Cerita Sebenar Warga Emas Di Pukul Dan Keretanya Di Rosak Oleh Perniaga Bazar.

21:31
Cerita Sebenar Warga Emas Di Pukul Dan Keretanya Di Rosak Oleh Perniaga Bazar. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Cerita Sebenar Warga Emas Di Pukul Dan Keretanya Di Rosak Oleh Perniaga Bazar..

Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki menyerang warga emas yang terlanggar motosikal yang berhenti mengejut di Bazar Jalan Masjid, di sini, semalam.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira 7.45 malam, lelaki yang berusia 76 tahun itu dikatakan memandu perlahan di lokasi terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, seorang penunggang motosikal memotong kereta dipandu mangsa dan berhenti secara mengejut.

"Tindakan itu menyebabkan warga emas terbabit tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang motosikal lelaki berkenaan.

"Ketika mahu melihat keadaan keretanya, dia diserang 10 lelaki yang bertindak memukulnya dan merosakkan keretanya sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan.

Rusdi berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati hanya seorang saksi tampil membantu mangsa dan memberikan keterangan.

"Berdasarkan keterangan mangsa, dia tidak mengenali penyerang berkenaan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148/427 Kanun Keseksaan," katanya.

Harian Metro

loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

#Panas di Cerita Sebenar Warga Emas Di Pukul Dan Keretanya Di Rosak Oleh Perniaga Bazar.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.