BERANG : Pelanggan Air Asia Mahu Nama KLIA2 Dikembalikan!!!

17:34
BERANG : Pelanggan Air Asia Mahu Nama KLIA2 Dikembalikan!!! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri BERANG : Pelanggan Air Asia Mahu Nama KLIA2 Dikembalikan!!!.
Tak sudah-sudah Air Asia ni. Tindakan AirAsia menukar nama KLIA2 kepada LCCT dalam promosi dan tiket mereka menimbulkan kemarahan di kalangan pelanggan mereka yang keliru tersalah jalan ke LCCT lama. Malahan ada yang terlepas penerbangan kerana masalah ini.
Awal bulan ini AirAsia telah menukar nama klia2 kepada LCCT dalam tiket penerbangan dan bahan promosi mereka tanpa mengambil kira keputusan Kerajaan untuk mengekalkan nama klia2 seperti mana yang digazetkan sejak awal pembukaannya.
Tindakan tersebut menyebabkan penumpang AirAsia terpaksa mendapatkan pengesahan melalui akaun twitter mereka.

Di media sosial, ramai pengguna internet tidak bersetuju, ini termasuk Effi Saharudin atau @ 1Obefiend yang menyindir AirAsia bahawa mereka mahu menukar nama klia2 kepada LCCT kerana perkhidmatan mereka masih tidak memuaskan seperti di LCCT walaupun telah berpindah ke klia2.
Terdapat juga yang meluahkan kemarahan mereka dengan menganggap tindakan AirAsia ini sebagai mundur dan “no class”.
Kebanyakan penumpang mahukan AirAsia menggunakan semula nama klia2 yang sudah dikenali dan tidak mengelirukan pengguna pada masa hadapan.










#Panas di BERANG : Pelanggan Air Asia Mahu Nama KLIA2 Dikembalikan!!!

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.