Amirul Hadi Zainal Mengikut Jejak Rakan-Rakan Yang Lain Persaraan Mewakili Harimau Malaysia.

15:08
Amirul Hadi Zainal Mengikut Jejak Rakan-Rakan Yang Lain Persaraan Mewakili Harimau Malaysia. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Amirul Hadi Zainal Mengikut Jejak Rakan-Rakan Yang Lain Persaraan Mewakili Harimau Malaysia..

KUALA LUMPUR - Selepas Kunanlan, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan, seorang lagi pemain Johor Darul Takzim (Johor DT) mengumumkan persaraan daripada mewakili skuad kebangsaan negara.

Terkini adalah Amirul Hadi Zainal yang baharu sahaja mengumumkan keputusannya itu menerusi laman web johorsoutherntigers.com.my sebentar tadi.

Ia menjadikan empat pemain Johor DT tidak mahu lagi bermain untuk Malaysia di peringkat antarabangsa sebaliknya hanya akan menumpukan perhatian kepada aksi di peringkat kelab profesional sahaja.

Keputusan Amirul Hadi, 30, yang merupakan anak kepada bekas pemain Selangor, Zainal Nordin itu sekaligus mengikut jejak Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim dan S. Kunanlan. Kunanlan turut mengumumkan persaraannya pagi ini manakala Aidil dan Safiq, kelmarin.

"Assalamualaikum.. Terima kasih kepada penyokong dan semua yang terlibat atas sokongan juga peluang yang diberikan sepanjang penglibatan saya ketika menyertai skuad kebangsaan terutama jurulatih, Datuk Ong Kim Swee. 

Cukup sampai di sini sahaja yang mampu saya berikan kepada skuad kebangsaan. 

Keputusan ini membolehkan saya memberi peluang kepada pemain muda untuk meneruskan misi skuad kebangsaan," coret Amirul Hadi dalam laman web rasmi Johor DT pada pukul 12.19 tengahari tadi. 

Bernama
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

#Panas di Amirul Hadi Zainal Mengikut Jejak Rakan-Rakan Yang Lain Persaraan Mewakili Harimau Malaysia.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.