“Akhirnya Depan Adik-Beradik Aku Lafaz Cerai Pada Dia…” merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri “Akhirnya Depan Adik-Beradik Aku Lafaz Cerai Pada Dia…”.
Raya datang lagi. Aku cuma mahu berkongsi kisah aku agar jangan ada yang mengulangi kesilapan yang sama. Aku berkahwin di usia yang muda. Seawal usia 21 tahun, aku dan isteri aku sebaya. Aku bangga mempunyai isteri yang cantik, lemah lembut, pengetahuan agama yang tinggi dan bersopan santun.
Tetapi aku silap, membiarkan abang-abang dan kakak-kakak aku membuli dan memperlekehkan isteri aku di hadapan saudara mara setiap kali kami pulang ke kakmpung.
“Akhirnya depan adik-beradik aku lafaz cerai pada dia…”
Bila isteri mengadu, aku cakap dia mengada-ngada kerana anggapan aku, adik beradik hanya sekadar bergurau sahaja. Gurauan yang akhirnya menjadi penghinaan demi penghinaan terhadap maruah isteri, sedangkan aku hanya mendiamkan diri walaupun ia berlaku di depan mata.
Selepas 10 tahun, aku mendapati isteri mula berubah. Dia menjadi pemarah, bahasanya kasar. Makin aku marah, makin dia melawan. Yang paling pelik bila pulang ke kampung aku, walau dikutuk abang-abang dan kakak-kakak aku, isteri hanya tersenyum lemah.
Tetapi sebaik menaiki kereta untuk ke tempat lain, dia akan menjadi perengus dan perkataan ‘bodoh’ tidak berhenti-henti diucapkannya. Kami sentiasa bergaduh di atas segala perkara.
Akhirnya pada raya taun lalu, aku melafazkan cerai di hadapan adik beradik apabila aku tidak tahan lagi dengan kata-kata penghinaan abang-abang aku yang mengatakan aku ‘bodoh’ kerana isteri aku buat air tak sedap mengikut selera mereka.
Kami bercerai. Aku seperti tidak keruan, sedangkan isteri aku cuma menitiskan air mata sambil bibirnya mengukir senyuman pahit. Aku ikut kata-kata abang-abang dan kakak-kakak aku yang mengatakan isteri aku akan menyembah aku untuk merujuk semula. Aku cuma perlu tunjuk lagak sebagai seorang lelaki.
Hari demi hari aku menunggu, bekas isteri menghilang bersama 4 anak kami. Sehingga habis tempoh edah, isteri tidak pernah telefon atau datang untuk rujuk atau meminta nafkah anak-anak yang sengaja aku tak beri kerana dihasut oleh adik beradik aku.
Akhirnya Ramadan ini, aku stalk bekas isteri. Rupa-rupanya dia sudah berkahwin lain. Aku ekori siang dan malam, aku lihat anak-anak begitu mesra dengan lelaki yang mereka panggil ‘papa’. Aku lihat bekas isteri sangat menghormati lelaki itu.
Aku tidak dapat menahan diri, semalam aku sengaja solat maghrib di masjid yang selalu mereka pergi untuk bertarawih. Aku sengaja solat bersebelahan dengan lelaki itu.
Akhirnya aku tewas bila anak lelaki aku memanggil aku ‘ayah’ bila menyedari aku ada di situ selepas solat. Lelaki itu hanya senyum sambiul mengusap kepala anak lelaki aku dengan mesra. Sedangkan aku tidak pernah sekali pun menyentuh kepala anak-anak aku begitu.
Tanpa segan silu, aku bertanya apa yang dia lakukan sehingga bekas isteri aku nampak sangat taat kepadanya?
“Kata-kata yang baik ada doa. Saya dan keluarga sentiasa bercakap baik tentang Marliyana (bekas isteri) dengan sesiapa sahaja. Itu doa dari kami untuknya,” katanya.
Aku terdiam, baru aku sedar, dari hari pertama aku berkahwin, aku tidak pernah mendengar adik beradik aku berkata yang baik tentang isteri aku. Yang aku dengar cuma, “Isteri kau tak pandai masak!”, “Isteri kau buat air tak sedap!”, “Isteri kau masak tak sama macam keturunan kitorang masak!”.
Walaupun hakikatnya kami hanyalah orang Felda dan tiada keturunan mak bapa yang buat katering atau jadi Chef.
“Isteri kau pakai cantik sebab nak mengorat jantan lain! dan bermacam-macam lagi yang aku tidak mampu untuk kongsikan di sini. Dan aku sebagai suaminya ketika itu hanya membiarkan sahaja tanpa menyedari kata-kata itu telah melukai isteri dan merosakkan perkahwinan kami.
Jadi kepada para suami di luar sana, lindungilah isteri masing-masing dari mulut-mulut jahat yang ada dalam keluarga anda. Jika tidak, anda hanya akan ada isteri yagn derhaka kerana kecewa dengan sikap ‘tidak kisah’ suami dan akhirnya beraya bersendirian seperti aku pada tahun ini.
Sumber : Pixel perfect

loading...
EmoticonEmoticon