“Air Matanya Mengalir Keluar Tanpa Suara Seolah-olah Menangis Dalam hati" - Nenek

08:02
“Air Matanya Mengalir Keluar Tanpa Suara Seolah-olah Menangis Dalam hati" - Nenek merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri “Air Matanya Mengalir Keluar Tanpa Suara Seolah-olah Menangis Dalam hati" - Nenek.


GUA MUSANG ,5 Julai – Baru-baru, Malaysia dikejutkan dengan nahas ngeri yang menyebabkan seorang kanak-kanak, Mohd. Akil Aliyuddin Mohd. Amin, 3, menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Adik Akil terselamat dalam nahas yang mengorbankan ibu bapa dan adik perempuannya.

Mungkin dia kini agak sukar memahami apa yang berlaku, namun, jelas dia seperti merasai keperitan kehilangan ahli keluarganya apabila dia dilihat hanya termenung dan mengalirkan air mata setiap kali disapa oleh saudara mara.

Lebih menyedihkan, adik Akil terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri yang tinggal sehari lagi tanpa kelibat insan tersayang yang dipanggil Abi, Umi dan Adik. Tiada lagi belaian kasih sayang mereka di hari raya.

Nenek Akil, Radziah Abu Bakar, 57, berkata Akil yang cedera di kaki masih trauma dengan kejadian dan enggan bercakap dengan sesiapa.

Saya cuba mengelak untuk bercakap mengenai kejadian itu dan memujuknya bercakap hal-hal lain, namun Akil enggan membuka mulut langsung.

Air matanya mengalir keluar tanpa suara seolah-olah menangis dalam hati. Luluh hati saya melihatnya. Saya kuatkan semangat dan beritahu dia masih ada tok abah dan tok umi,” katanya kepada Utusan Online ketika ditemui di Hospital Gua Musang hari ini.

Mohd. Akil Aliyuddin merupakan anak pasangan Mohd. Amin Firdaus Zakaria, 29, dan Mursyida Ahmad Latfi, 29, yang terkorban dalam nahas di Kilometer 12, Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada pukul 1.20 pagi ini. Adiknya, Nur Hana Jannati, lima bulan turut maut.

Nahas tersebut turut mengorbankan pasangan kembar Mur­syida iaitu Munira, 29, suaminya, Norazami Mahat, 41, serta dua anak mereka, Raudatul Shazwina, 4, dan Mohd. Rifqi, tiga bulan.
Mengulas lanjut, Radziah memberitahu, Mohd. Akil Aliyuddin buat sementara waktu akan tinggal bersama dia dan suami­nya, Ahmad Latfi Mat, 60, di kediaman mereka di Kampung Kubang Badak, Kota Jembal, Kota Bharu.

Sumber : http://ift.tt/29ep8R9

#Panas di “Air Matanya Mengalir Keluar Tanpa Suara Seolah-olah Menangis Dalam hati" - Nenek

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.