19 Maut, Berdozen Cedera Dalam Serangan Berpisau di Jepun

10:02
19 Maut, Berdozen Cedera Dalam Serangan Berpisau di Jepun merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 19 Maut, Berdozen Cedera Dalam Serangan Berpisau di Jepun.

Jepun, 26 Julai - Sekurang-kurangnya 19 mati dibunuh manakala 45 yang lain cedera dalam satu serangan keatas sebuah pusat OKU, lapor media.

Dipercayai, seorang lelaki yang membawa pisau telah memasuki pusat OKU itu di Sagamihara, barat Tokyo sekitar jam 2.30 pagi sebelum menjalankan serangan tersebut.

Menurut polis di Sagamihara, seorang lelaki telah menyerah diri di balai polis dua jam selepas serangan.

Dia meninggalkan sebilah pisau di keretanya ketika memasuki balai tersebut. Dia kini ditahan kerana dipercayai membunuh dan menceroboh.

Lelaki tersebut berkata kepada polis: "Saya yang lakukan", lapor media tempatan.

Portal Asahi Shimbun melaporkan, suspek berkata kepada polis : "Saya mahu membuang orang-orang cacat dari dunia ini".

Agensi berita NHK melaporkan suspek adalah seorang bekas pekerja di pusat OKU itu yang kini berusia 26 tahun.

Jepun mempunyai kadar jenayah yang paling rendah bagi negara maju dan serangan yang melibatkan senjata adalah sangat jarang berlaku dan 'luar biasa'. - Siakapkeli.my


#Panas di 19 Maut, Berdozen Cedera Dalam Serangan Berpisau di Jepun

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.