AYAT MUTASYABIHAT

16:44
AYAT MUTASYABIHAT AYAT MUTASYABIHAT adalah Entri ulangsiar dari Laman Kangkung! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya AYAT MUTASYABIHAT membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
AYAT MUTASYABIHAT

AYAT MUTASYABIHAT

*

Ayat-ayat mutasyabihat adalah ayat-ayat mansukh, ayat-ayat tentang Asma’ Allah & sifat-sifatnya, huruf-huruf hija’iyah di awal surah, hakikat hari kemudian serta ‘ilmus sa’ah.

Ayat-ayat mutasyabihat iaitu ayat-ayat yang lafaz zahirnya seolah-olah menggambarkan penyamaan Allah dengan makhluknya iaitu ayat-ayat yang menyebutkan wajah Allah, tangan Allah, mata Allah, Allah berada di langit dan sebagainya.

Para ulamak Khalaf (al-Asya’irah dan Maturidiyyah) mentakwilkannya (yakni mentafsirkan ayat-ayat tersebut dengan makna majaznya iaitu makna yang tersirat baginya untuk mengelak dari menyerupakan Allah dengan makhluk),

Ulamak-ulamak Salaf pula enggan mentakwilkannya, namun mereka berkata; makna zahir ayat tidak dimaksudkan (kerana ia menggambarkan penyerupaan Allah dengan makhluk), namun apa makna sebenarnya terserahlah kepada Allah (tidak perlu kita menyebukkan diri untuk mengorek rahsianya, yakni memadai dengan kita beriman sahaja dengan ayat-ayat tersebut).

Imam Ibnu Taimiyah, Ibnul-Qayyim dan beberapa ulamak lagi (yang menjadi ikutan golongan Salafiyah hari ini); ayat tersebut dipakai dengan makna zahirnya, tidak perlu ditakwilkan dan tidak perlu dianggap maknanya terserah kepada Allah kerana dengan makna zahir ayat kita sudah dapat memahami ayat itu mengikut kehendak Allah. Kita menerima zahir ayat, namun jangan kita menyamakan sifat yang disebut dalam ayat mutasyabihat itu dengan sifat manusia atau makhluk lain. Nama atau sebutan kebetulannnya sama, namun kaifiatnya berbeza antara Allah dan makhluk. Maka apabila al-Quran menyebutkan “Tangan Allah”, menurut pandangan ketiga ini; Allah sememangnya bertangan (kerana Allah menyebutnya), namun jangan kita gambarkan tangan Allah itu seperti tangan makhluk. Tangan Allah itu adalah sifatNya, bukan anggotaNya sebagimana tangan makhluk.

Mazhab Khalaf dinamakan sebagai mazhab Isbat wa Takwil (yakni menerima ayat-ayat mutasyabihat itu dengan mentakwil (mentafsirkan) maknanya), mazhab Salaf dinamakan mazhab Isbat wa Tafwidh (yakni menerima ayat-ayat mutasyabihat itu tetapi menyerahkan maknanya kepada Allah) dan Fahaman Ibnu Taimiyah (Salafiyah) dinamakan; Isbat wa Tanzih (menerima ayat-ayat mutasyabihat tadi dengan makna zahirnya tetapi dengan mentanzihkan Allah (yakni menyucikanNya) dari penyerupaan dengan makhluk).

Secara dasarnya, ketiga-tiga mazhab ini ada titik pertemuanya, iaitu semua mereka mengisbatkan (yakni menerima) ayat-ayat mutasyabihat. Begitu juga, semua mereka sepakat menafikan penyerupaan Allah dengan makhluk. 

Merujuk secara khusus kepada makna Istiwa Allah di atas ‘Arasyh, pandangan ketiga-tiga adalah seperti berikut;

1. Mazhab Khalaf; makna zahir istiwa ialah istaqarra dan ‘ala (iaitu menetap di atas sesuatu atau meniggi di atas sesuatu). Makna ini menurut Khalaf menyamakan Allah dengan makhluk, iaitu seolah-olah Allah itu bertempat dan berarah seperti makhluk. Kerana itu, hendaklah dipakai makna majaznya (yakni makna yang tersirat darinya) iaitu istaula atau malika yang bermaksud; menguasai atau memiliki, yakni “(Allah) ar-Rahman memiliki (atau menguasai) ‘ArasyhNya”.

2. Mazhab Salaf; istiwa Allah diyakini sebagaimana yang disebut oleh Allah tanpa perlu ditafsirkan apa maknanya. Sebarang makna bagi ayat tersebut yang menunjukkan seolah-olah Allah sama seperti makhluknya makna itu tidak dikehendaki (yakni perlu dinafikan), namun apa makna sebenarnya bagi istiwa itu hanya Allahlah yang mengetahuinya. Tidak perlu kita menyebukkan diri mencari-carinya atau membahasnya kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan para sahabat. Imam Malik apabila ditanya tentang makna ayat tersebut, ia menjawab; “Tentang istiwanya Allah itu sedia diketahui (kerana Allah sendiri menceritakanya. Namun kaifiyat istiwa itu (yakni bagaimana pengertiannya Allah beristiwa itu) adalah majhul (yakni tidak diketahui (kerana Allah tidak menceritakannya). Sesiapa bertanya tentangnya (yakni menyebukkan diri untuk menyelidikinya) dia melakukan bid’ah (kerana Nabi dan para sahabat tidak melakukanya)”. Jawapan Imam Malik ini memberi gambaran kepada kita bagaimana pandangan Salaf tentang masalah ini. Berkata Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya; “Mazhab Salaf ialah menerima ayat sebagaimana datangnya (yakni membacanya sahaja) tanpa takyif (menggambarkan bagaimana caranya Allah beristiwa itu), tanpa tamsil (menyerupakan Allah dengan makhluk) dan tanpa ta’til (menolak ayat atau menolak sifat Allah yang dinyatakan dalam ayatNya). Namun makna zahir ayat sebagaimana yang ada dalam kepala golongan musyabbihin (iaitu golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk) hendaklah dinafikan makna itu dari Allah kerana tidak ada mana-mana makhluk yang menyerupai Allah” (Tafsir Ibnu Kathir, surah al-A’raf, ayat 54).

3. Golongan Salafiyah; mereka memakai makna zahir dari istawa iaitu istaqarra (menetap) dan ‘ala (meninggi), jadi makna Allah beristiwa di atas ‘Arasyhnya ialah Allah menetap dan meninggi di atas ‘ArasyNya. Ia selari dengan firman Allah yang menegaskan bahawa Allah di langit, kerana ‘AryashNya berada di langit. Namun jangan digambarkan menetap dan meninggiNya Allah itu sama seperti menetap dan meningginya kita di atas sesuatu (katil, kerusi, bangunan tingkat atas dan sebagainya) kerana sifat Allah tidak sama dengan sifat makhluk walaupun menggunakan lafaz dan bahasa yang sama (contohnya; Allah mendengar dan makhluk mendengar. “Mendengar” adalah perkataan yang sama digunakan untuk Allah dan untuk makhluk, namun apabila kita mengakui Allah bersifat dengan as-Sama’ (mendengar) wajib kita mengiktiqadkan bahawa mendengarnya Allah tidak sama seperti mendengarnya makhluk walaupun bahasa yang digunakan adalah sama. Maka keadaan yang sama bagi istilah istaqarra (menetap) dan ‘ala (meninggi). Sama juga halnya ketika kita membaca hadis Nabi; “Allah turun ke langi dunia ketika tiba saat 1/3 malam yang akhir”, maka menurut mazhab ini; Allah sememangnya turun ke langit dunia (kerana itu yang diceritakan Nabi), namun cara bagaimana turunnya Allah jangan kita gambarkan seperti turunnya makhluk dari tingat atas ke tingkat bawah).

Wallahu A'lam.

*

AYAT MUTASYABIHAT ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Kangkung merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Lenggang Kangkung iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark AYAT MUTASYABIHAT and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.