Viral 'Telur Halal' Keterlaluan - JAKIM

08:01
Viral 'Telur Halal' Keterlaluan - JAKIM merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Viral 'Telur Halal' Keterlaluan - JAKIM.


SHAH ALAM - JAKIM menyifatkan tindakan pengeluar mengedarkan telur ayam yang dicop dengan logo halal sebagai keterlaluan.

Sebelum ini, gambar telur-telur itu telah menjadi viral di media sosial.

JAKIM berkata tindakan meletakkan logo halal pada setiap telur adalah bercanggah dengan peraturan berkaian label logo halal, lapor Bernama.

"Sebagai makluman pengguna, Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan terhadap produk telur ayam adalah bagi memastikan proses pembersihan dan pembungkusan tidak melibatkan proses yang meragukan.

"Pengguna adalah dinasihatkan agar berhati-hati di dalam memilih dan mempercayai viral yang disebarkan khususnya sebelum menyebarkannya semula," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, gambar telur ayam yang dicop 'halal' dengan dakwat warna hijau tersebar di media sosial.

Sehubungan itu, Jakim meminta orang ramai merujuk laman webnya atau direktori Halal Malaysia mengenai sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran dan juga premis makanan.

#Panas di Viral 'Telur Halal' Keterlaluan - JAKIM

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.