Pemandu Bas Bawa Lamborghini & Audi R8 Pergi Kerja Cetus Tanda Tanya

22:22
Pemandu Bas Bawa Lamborghini & Audi R8 Pergi Kerja Cetus Tanda Tanya merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pemandu Bas Bawa Lamborghini & Audi R8 Pergi Kerja Cetus Tanda Tanya.


China, 17 Mei - Mungkin sukar untuk diterima, tetapi orang 'kaya' di Taiyuan nampaknya bekerja sebagai pemandu bas.

Menurut portal Shanghaiist, beberapa keping gambar telah menjadi viral di media sosial China yang memaparkan seorang pemandu bas awam di bandar itu memandu Lamborghini untuk pergi ke tempat kerja.

Gambar-gambar itu seterusnya mencetus tanda tanya dari mana dia mendapat duit sebanyak itu untuk memandu kereta-kereta mewah itu.

NetEase melaporkan, pemandu itu cuma kelihatan seperti penduduk biasa, yang memandu Lamborghini Gallardo berwarna kuning atau Audi R8 biru ke tempat kerja.


Difahamkan juga, lelaki tersebut adalah ahli dalam kelab pemilik kereta mewah di bandar tersebut.

Taiyuan merupakan ibu kota wilayah Shanxi, yang sememangnya terkenal dengan korupsi.

Biarpun begitu, netizen di China tetap terkejut dengan gambar-gambar pemandu ini yang disifatkan terlebih luar biasa.


"Kereta-kereta mewah itu bernilai berjuta-juta RMB, mana dia dapat duit sebanyak tu?", tanya seorang netizen.

"Bagi saya dua kereta seperti tu dan saya akan bawa bas juga", seorang lagi netizen menulis komen.

Lelaki itu patut letak jawatan, kerja seperti ini sepatutnya diambil oleh orang yang lebih memerlukan", marah seorang lagi pengguna. - Siakapkeli.my


#Panas di Pemandu Bas Bawa Lamborghini & Audi R8 Pergi Kerja Cetus Tanda Tanya

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.