Seorang pelajar sekolah di Kanada percaya dia telah menemui sebuah kota Mayan yang hilang di Mexico dari biliknya di Quebec, yang berjarak sejauh 3541 KM.
William Gadoury, 15, membandingkan imej satelit yang diberikan oleh Agensi Angkasa Kanada dan Google Maps bagi mengesahkan penemuannya yang terletak di Semenanjung Yucatan di Mexico.
Pelajar itu memutuskan untuk mencari di kawasan itu menggunakan teori bahawa orang Mayan membina bandar mereka berdasarkan buruj-buruj bintang.
Gadoury telah mengkaji 117 lokasi bandar Mayan dan menemui hubung kait antara lokasi-lokasi itu dan bintang.
Dia membandingkan 23 bandar yang sedia ada dengan pelbagai bentuk buruj. Ketika mengkaji buruj terakhir, Gadoury mendapati hanya dua bandar yang telah ditemui, biarpun buruj itu merangkumi tiga bintang.
Kemudian, Gadoury memulakan pencarian bandar yang hilang itu menggunakan bantuan peta online dan imej satelit. Penat lelah Gadoury berhasil apabila dia menemui kawasan berbentuk geometri di dalam hutan tersorok di Mexico.
Apa yang mengujakan, menurut Montreal Journal, Gadoury telah berjaya menemui sebuah piramid besar berketinggian 86 meter dan 30 bangunan yang tersorok di kawasan itu.
Gadoury kemudian menghubungi Dr. Armand LaRocque dari Univerisiti New Brunswick yang percaya bandar yang ditemui itu merupakan bandar kelima terbesar kaum Mayan.
Gadoury memberikan nama kepada penemuan itu sebagai "Fire Mouth".
Kata Gadoury : "Apabila Dr. Larocque tentang penemuan piramid dan 30 bangunan itu pada Januari, ia adalah sesuatu yang menakjubkan. Saya tak faham kenapa kaum Mayan membina bandar mereka jauh dari sungai dan di bukit".
Dr. Lacrocque berkata, apa yang menjadikan penemuan Gadoury menarik adalah hubung kaitnya (antara bintang) yang mendalam dan berjaya menemui satu bandar hilang menggunakan imej satelit.
Dailymail melaporkan, satu ekspedisi ke kawasan tersebut akan dijalankan bagi mengesahkan teori Gadoury. - Siakapkeli.my
Saintis percaya piramid yang bakal ditemui menyerupai piramid kaum mayan Chichen-Itza di Mexico |
#Panas di Pelajar 15 Tahun Temui Bandar Mayan Yang Hilang ... Dari Biliknya, Dengan Mengkaji Bintang
EmoticonEmoticon