Jujur dengan pasangan kita yang telah kita nikahi adalah salah satu kunci kebahagian rumah tangga yang telah dibina.
Salah satu tujuan perkahwinan juga adalah untuk mengelakkan maksiat menyebabkan hubungan antara lelaki dan wanita itu dihalalkan melalui akad nikah.
Cukuplah isteri yang ada, jaga dia sebaik mungkin kerana ia adalah tanggungjawab kita.
Berkongsi sebuah kisah, seorang isteri malang yang mananya dirahsiakan telah berkongsi dan meminta pendapat di mana dia dalam keadaan berbelah bagi selepas disahkan dijangkiti penyakit kelamin daripada suaminya yang suka makan luar.
Jom baca yang ditulis berliau.
Saya ibu kepada seorang anak.. Baru sahaja mendirikan rumah tangga 4 tahun.. Baru2 ni saya disahkan oleh doktor saya mengidap penyakit kelamin.. Penyakit yang berpunca dari suami saya.
Doktor memberitahu bahawa virus yang ada dalam badan saya tidak akan hilang... Saya ulang... TAK KAN HILANG.. Virus ni memang akan ada dalam badan saya buat selama lamanya... Saya akan bertahan dengan ubat antibiotik sahaja..
Penyakit yang saya alami adalah Herpes Simplex type 2.. Sebelum saya mengetahui saya mengidap penyakit ni, di kawasan kemaluan saya telah timbul kemerah merahan seperti ulcer.. Kemudian, dalam masa seminggu air jernih juga turut keluar dari kemaluan saya..
Lepas seminggu baru saya berjumpa doktor... Sebelum berjumpa doktor, saya ada tanyakan suami saya, dia ada tidur dengan sesiapa ke selama dia ke luar negeri beberapa bulan yang lepas..
Tetapi suami menafikan perkara tu.. Bila tiba di hospital doktor mengesahkan saya telah mengidap penyakit kelamin..
Hidup saya gelap serta merta.. Saya dah tak nampak apa melainkan anak saya... Saya fikir apa nasib anak saya.. Kenapa saya yang terpilih untuk menanggung semua ni sedangkan saya tak pernah meniduri lelaki lain selain suami saya.
Saya mula terbayang muka mak ayah saya adik beradik saya.. Saya dah tak fikir tentang suami.. Tp, suami memang tak mengaku apa yang dia buat.. Naluri saya sebagai seorang isteri kuat menyatakan memang dia ada tidur dengan pelacur atau dengan sewaktu dengannya..
Saya tanya dengan lembut dan saya tak marah pun..tapi dia tetap tak nak mengaku.. So saya Ambil keputusan untuk diam buat sementara sebab saya pun perlukan waktu untuk berfikir apa nasib saya selepas ni..
Balik dari hospital, saya ajak suami balik ke rumah melalui Jalan mahkamah dan saya minta suami masuk ke kawasan parking mahkamah.. Suami tnya saya , buat apa kita ke sini.. Saya cakap, jom kita turun.. Suami pegang tangan saya dan tnya kenapa.. Saya cakap saya dah tnya dia dengan cara lembut dan saya tak marah.. Tapi dia tak nak mengaku.. Saya kata lagi.
"Jom kita turun dan buat akuan sumpah kat mahkamah yang abang memang betul-betul tidak pernah tidur dengan mana-mana perempuan atau tak pernah pergi ke rumah pelacur ke apa."
Suami terus mengaku yang die pernah ke rumah urut (dan seterusnya faham2 la apa yang berlaku)..
Saya bagai nak pitam tak tahu apa nak cakap... Saya diam.. Hanya air mata yang mengalir... Saya terbayang lagi skali wajah anak saya... Maaflah, saya tak tak boleh nak sambung tulis... Tangan saya dah ketar..
Disini saya nak mintak pendapat, apa yang harus saya buat sekarang... Ada ke tempat yang boleh saya pergi untuk berubat? Saya fikir untuk bercerai dengan suami sebab beberapa bulan ni selepas diberitahu oleh doktor tentang penyakit ni.. Hubungan kami dingin..
Dia telah cuba memujuk saya dan meminta maaf dan berjanji takkan ulangi lagi dan takkan menyakit hati saya lagi..Tp saya rase tak boleh dah nak tengok muka dia.. Apa pendapat semua? Klu saya bercerai, saya dah tak boleh kawen dengan sesiapa sebab saya dah ada penyakit kelamin.
- Siakapkeli.my
#Panas di Isteri Buntu Dijangkiti Penyakit Kelamin Dari Suami Gara-Gara Suami 'Makan Luar'
EmoticonEmoticon