Daripada Pencuci Ke Pelukis, Karya Iman Dipilih Mewakili Persatuan Terkenal Di Scotland

13:01
Daripada Pencuci Ke Pelukis, Karya Iman Dipilih Mewakili Persatuan Terkenal Di Scotland merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Daripada Pencuci Ke Pelukis, Karya Iman Dipilih Mewakili Persatuan Terkenal Di Scotland.

Masih ingatkah anda dengan kisah yang kami paparkan pada tahun lepas tentang Iman Hasbullah, seorang anak Malaysia yang bekerja sebagai cleaner di sebuah universiti di Scotland.  Kerana minat beliau luangkan masa melukis dengan cat air. Siapa sangka hasil sentuhan seni beliau menarik minat ramai pihak di Scotland.

Baca kisah Iman: Bekerja Sebagai Pencuci Di Scotland, Lelaki Malaysia Ini Menjadi Perhatian Ramai Kerana Lukisannya

Rupanya kisah dan langkah Iman tidak terhenti di situ. Setelah kisah beliau viral di Malaysia, ramai pihak yang menghubungi Iman dan menyatakan minat untuk mendapatkan lukisan cat air yang beliau hasilkan.

Selain daripada itu, kisah Iman telah turut disiarkan oleh RTM dan Berita Harian.

Namun itu bukanlah perkara yang ingin saya kongsikan kali ini kerana ada yang lebih menarik telah dilalui oleh lelaki yang sering merendah diri ini.

Semenjak tahun lepas sehingga ke tahun 2016 ini, lukisan yang dihasilkan oleh Iman telah terpilih untuk ke pameran seni di kota yang terkenal dengan sebagai kota seni di UK ini.

Yang lebih menarik, di setiap katalog bagi 3 paemran ini mengandungi lukisan Iman iaitu lukisan Glasgow, Forfar dan Edinburgh. Untuk pengetahuan bagi setiap pameran sebegini di Scotland, hanya beberapa lukisan sahaja yang terpilih untuk dimasukkan ke dalam katalog.

Pameran pertama di Glasgow Art Club. Lukisan pemandangan Malaysia ke 3 di Edinburgh

iman-hasbullah-21

Glasgow Art Club front building, the famous street of art. — at Glasgow Art Club.

iman-hasbullah-3

iman-hasbullah-4

Feeling honoured my painting is in the exhibition booklet — at Glasgow Art Club.

iman-hasbullah-5

The participated members — at Glasgow Art Club.

iman-hasbullah-6

List of price, i don’t mind if my art not being sold. To be on the list is priceless — at Glasgow Art Club.

iman-hasbullah-8

Me with SSAA Secretary Ian Stuart Campbell master of live sketcher, with my painting. — at Glasgow Art Club.

iman-hasbullah-9

iman-hasbullah-10

A couple on the right side looking at my painting of New College. Most of them were going home when this picture was taken. — at Glasgow Art Club.

iman-hasbullah-12

New college watercolour painting. Next to it at £750 tag price . Did i put underrated tag? Goshhh — at Glasgow Art Club.

iman-hasbullah-13

Picture from the guest artist on easel not for sale. — at Glasgow Art Club.

iman-hasbullah-15

Number 3 from my painting to the right side at £1k+ price!! I cant remember which one. — at Glasgow Art Club.

iman-hasbullah-20

Maximum 2 pieces of art are allowed, therefore my 3rd one a bit isolated — at Glasgow Art Club.

Di beri peluang menjadi ahli persatuan Scottish Society of Architect Artist (SSAA) sudah dirasakan satu penghormatan yang amat besar buat Iman Hasbullah.

Apatah lagi rata-rata ahlinya merupakan arkitek profesional dan pelukis yang bergiat aktif dalam kegiatan seni di serata Eropah.

Dengan bekalan beberapa lukisan cat air di Roxburgh House dan artikel mengenainya di dalam Buletin Universiti, beliau diterima masuk sebagai ahli kelab melalui penilaian dari pihak jawatankuasa persatuan SSAA.

Antara kriteria penilaian adalah kerana Iman Hasbullah merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Senibina dari Universiti Teknologi Malaysia dan berpengalaman sebagai Arkitek Projek di Malaysia sebelum berhijrah ke Scotland.

Sungguh pun beliau hanya bekerja sebagai pencuci di Universiti Edinburgh , hasil seni cat air beliau dilihat berpotensi besar untuk dipamerkan dalam pameran seni persatuan tersebut.

Penyertaan pertama Iman dalam pameran seni adalah di Glasgow Art Club, lokasi bersejarah bagi penggiat seni di Scotland. Pameran ini berlangsung dari 23 Nov hingga 23 Dis 2015.

Impian untuk melibatkan diri dalam Art Exhibition akhirnya tercapai jua. Lebih bermakna apabila penglibatan pertama ini atas tiket Scottish Society of Architect Artist. Tidak mudah untuk terpilih menyertai pameran sebegini kerana rata-rata pesertanya adalah yang  bergelar arkitek profesional dan terkenal di Scotland dan Eropah, berbanding si kerdil ini yang hanya seorang ‘cleaner’.

“Bertempat di Glasgow Art Club, cukup bersejarah mempamerkan seni dari arkitek dan artis terkenal dunia seperti Charles Rennie Macintosh, John Keppie, serta lainnya yang bergelar Sir & Lord, ditubuhkan sejak 1867 merupakan institusi terulung di Uk dan Scotland khususnya. Pastinya ini antara memori terindah, batu tanda terpenting selepas mini galeri di Roxburgh House, Edinburgh University.

Penghormatan ini ditujukan khas buat semua yang terlibat dan menyokong saya sepanjang menceburkan diri dalam dunia seni. Untukmu Malaysia!” – Iman Hasbullah.

3 lukisan cat air Iman terpilih untuk dipamerkan dari keseluruhan 45 karya seni dari pelbagai medium. Dan hanya 1 lukisan sahaja yang terjual sepanjang pameran di Glasgow ini berlangsung.

Pada ketika itu dapat beliau rasakan rupanya bukan mudah untuk menarik minat orang ramai membeli lukisan di galeri seni di Scotland ini.

Sangat terharu bila gambar-gambar lukisan saya telah dimasukkan ke dalam website Edinburgh Sketching Club selepas pameran berakhir.

Sertai pameran seni ke 2 di Scotland

iman-hasbullah-24

Bersama 2 daripada lukisan saya yang dipamerkan di pameran kali ini

iman-hasbullah-25

iman-hasbullah-26

Bersama keluarga yang sentiasa memberikan sokongan terhadap minat saya

iman-hasbullah-27

Its an honour to be participated in the art exhibitions in Scotland and it is a wonderful feeling to hear that one of my painting ‘Edinburgh, Victoria Street’ has been sold! Alhamdulillah.

Pameran seni ke 2 berjaya disertai oleh Iman adalah di Meffan Gallery and Museum, Forfar, Angus Scotland yang berlangsung dari 9 Jan – 6 Feb 2016.

Berbanding pameran pertama yang mana hanya 3 lukisan dapat dipamerkan, pameran kali ini memberi kejutan buat Iman apabila 5 lukisan beliau terpilih untuk dipamerkan kali ini.

Malahan Iman turut mendapat khabaran gembira apabila salah satu lukisan daripada lukisan beliau telah terjual. Lukisan tersebut adalah pemandangan Victoria Street, Edinburgh yang dijual pada harga £250.

Untuk makluman, terdapat 112 karya seni yang dipamerkan di pameran ini dan hanya 3 lukisan karya asal (original) yang mana salah satunya adalah lukisan Iman, dan 1 lukisan cetakan (limited print).

Penyertaan di pameran ke 3 di Scotland – lukisan lanskap Malaysia

iman-hasbullah-30

The backbone of the event, SSAA Secretary Stuart Campbell. Proudly to present Malaysian scenery in watercolour at upper left & right on wooden frame. — at The Scottish Arts Club.

iman-hasbullah-31

Sunset in Maiga, Semporna Sabah. Kredit buat pemilik foto asal – saudara Nazri Sulaiman.

iman-hasbullah-32

Sunrise in Bodgaya, Semporna Sabah. Kredit buat pemilik foto asal –  saudara Nazri Sulaiman.

iman-hasbullah-33

One of my artwork in the pamphlet — at The Scottish Arts Club.

iman-hasbullah-36

iman-hasbullah-34

iman-hasbullah-35

Scottist Art Club, at the heart of Edinburgh, the capital city of Scotland. — at The Scottish Arts Club.

Pameran ketiga yang disertai Iman adalah di Scottish Art Club, Edinburgh Scotland yang berlangsung pada 6 – 30 April 2016. Pameran kali ini menyasarkan hasil karya seni baharu bertemakan ‘The Vital Art ‘ dan karya pilihan yang tidak terjual dari pameran sebelumnya kerana ruang pameran yang amat terhad di Edinburgh.

Walau bagaimana pun, Iman Hasbullah cuba mengintai peluang untuk menghantar 2 lukisan cat air berpemandangan Malaysia sebagai percubaan untuk mempamerkan keindahan tanahair.

Bagi Iman ini merupakan peluang terakhir bagi beliau berkongsi tentang Malaysia memandangkan pameran ini adalah peluang terakhir sebelum Iman berangkat pulang ke Malaysia.

Di hari perasmian, perasaan gelisah bertukar gembira apabila melihat senarai karya yang dipamerkan. Malahan, kedua-dua lukisan tersebut digantung pada pintu masuk galeri. Akhirnya tercapai juga hasrat di hati beliau untuk melihat hasil seninya menjadi antara yang terawal dilihat sebaik saja pelawat masuk ke galeri pameran.

Kedua-dua lukisan tersebut mencetuskan pelbagai respon positif daripada ahli persatuan dan para jemputan kerana kelainan tema yang dipaparkan.

Berikut catatan luahan Iman tentang pameran terakhir yang telah beliau sertai dan sangat memberi makna ini.

Resah juga bila dimaklum ruang pameran amat terhad, mungkin tak dapat pamerkan semua 6 lukisan yang ada dalam simpanan kelab.

“Tarikh keramat 6 April 2016 sesampainya di hari pembukaan pameran, Alhamdulillah, 2 pasang lukisan yang diharap-harapkan digantung terdapat dalam senarai awal.

Sungguh memang tak banyak lukisan-lukisan yang dipamer sebelum ini digantung semula. Kebanyakannya karya-karya baru atau yang dikira mempunyai nilai dan memenuhi tema pameran.

Memang rasa sangat bertuah dan bangga bila mereka bertanya ‘which one’? Amat jelas karya yang diketengahkan saya kali ini melambangkan identiti Asia Tenggara.

Lalu berceritalah pengalaman mereka tentang kecantikan Malaysia yang pernah mereka lawati. Kuala Lumpur, Melaka, Penang, Langkawi, pantai timur, Borneo termasuklah Singapura dan Thailand.

Sehinggalah nama-nama mantan Perdana Menteri dari zaman Tunku Abd Rahman hingga Tun Mahathir disebut mereka. Ada juga yang lahir di Johor semasa zaman penjajahan British dulu. Itupun tidak dicerita dengan lebih lanjut, katanya ‘sensitif‘ mungkin merujuk kepada keperitan rakyat tempatan pada ketika itu.

Peluang berkenalan dengan ‘founder’ kelab yang umurnya mungkin sudah mencecah 90an yang kelihatan masih gagah. Dalam hati dok cakap “panjangnya umur orang Scottish ni”. Majoriti mereka yang hadir sudah melebihi umur pencen, bekas-bekas arkitek prinsipal, artis veteran dan profesor.

Acara sebeginilah menjadi antara aktiviti sosial mereka. Rasa kerdil itu terhapus apabila disapa hormat dengan senyuman penuh penghargaan.

Karya seni tiada batasan usia, berbeza bangsa atau agama. Nilainya diangkat begitu tinggi, satu pengalaman indah seumur hidup yang tidak pernah dirasai sebelumnya” – Iman Hasbullah.

Bengkel pengenalan cat air buat pelajar Malaysia di Scotland

iman-hasbullah-40

iman-hasbullah-41

May be I am a bit old but never to late to start. Many of them was not born yet when I was in college.

iman-hasbullah-42

iman-hasbullah-43

iman-hasbullah-44

Ketika pameran masih lagi berlangsung, kesempatan tersebut turut digunakan oleh Iman sebaiknya dengan membawa sekumpulan pelajar Malaysia dari University of Edinburgh, Heriot Watt University dan University of Dundee ke pameran tersebut.

Aktiviti lawatan ini merupakan sebahagian daripada program di dalam bengkel pengenalan cat air yang dianjurkan khas untuk pelajar-pelajar senibina yang ingin mengenali seni cat air dengan lebih mendalam.

Bengkel ini juga turut disertai oleh beberapa pelajar kursus lain yang mempunyai bakat dalam seni. Beberapa pelajar diperingkat PhD juga turut meluangkan masa menyertai bengkel tersebut meskipun sedang sibuk dengan rutin mereka sebagai pelajar.

Mungkinkah persatuan seumpamanya akan ditubuhkan di Malaysia satu hari nanti? Tidak mustahil jika persatuan ini dapat melebarkan sayapnya ke Asia melalui program kerjasama antara arkitek dan pelukis dari 2 benua.

Bagaimana pelajar sekolah dididik hargai seni di Scotland

iman-hasbullah-37

iman-hasbullah-38

iman-hasbullah-39

Orang berbudi kita berbahasa. Ekpresi seni lukisan cat air tanda penghargaan buat sekolah anak di Edinburgh.

Orang memberi kita merasa. Mereka memberi sesuatu yang terindah untuk dirasa.

Bakal meninggalkan bumi Scotland menjelang Ramadhan ini, Iman telah turut menghasilkan satu lukisan cat air khusus untuk sekolah di mana 2 anaknya belajar sebagai kenang-kenangan buat sekolah tersebut.

Berikut catatan Iman tentang ini.

Lukisan yang siap dibingkai diserah pada pihak sekolah beberapa hari lepas. Guru besar tak sabar nak tengok habis dikerat-keratnya bungkusan plastik. Kerani panggil Hafiy & Fathia melalui PA sistem untuk bergambar kenang-kenangan.

“Guru-guru berkerumun nak tengok sama, kebetulan waktu pun sudah habis sesi pulang. Bergegas hantar anak balik sebab kerja petang.

Selang 2 hari kemudian saya hadir ke sekolah atas jemputan daripada pihak sekolah. Katanya ada perhimpunan sekolah sebelum cuti mid term 2 minggu (cuti Easter).

Sesampainya dalam dewan, eh.. mana ibu bapa yang lain? Hanya ada murid-murid dan guru-gur sedang duduk penuh satu dewan. Lalu dijemput oleh seorang guru ke depan.

Nampak dah ada satu lukisan yang familiar kat situ. Cemas! Apa diorang nak buat ni? Lantas guru prinsipal bangun memperkenalkan kepada semua. Kemudian semua murid bangun, lalu bergema dewan itu dengan sorakan terima kasih mereka.

Bahasa sorakan itu menyerupai lenggok badan anjing laut menepuk tangan dalam sarkis. Lucu tapi sebak! Air mata dah nak keluar ditahan-tahan.

Habis perhimpunan, waktu untuk pulang. Beraturlah semua murid-murid keluar dewan. Ramai anak-anak comel yang melintasi ucap terima kasih sekecil umur 5 tahun, tak kurang yg datang memeluk. Aaaa sweetnya.

Guru-guru mendekati dengan ucapan terima kasih. Sungguh tak jangka hingga begitu rupa mereka menghargai nilai sebuah seni, walau sumbangan sekecil ini.

Sekolah mohon izin untuk guna lukisan untuk tujuan promosi seperti poskad, website cover dan lain-lain.

Tidak ternilai dengan pound, penghargaan ini terlalu besar untuk dikenang sepanjang hayat. Sayangnya tak ada video untuk rakam peristiwa ini untuk dikongsikan atas privasi sekolah” – Iman.

Perancangan terkini dan selepas kembali ke Malaysia

iman-hasbullah-2

It doesn’t matter whether you are a cleaner or a doctor. Love who you are and love what you do – Iman Hasbullah.

Oleh kerana Iman bakal meninggalkan bumi Scotland dan kembali ke Malaysia tidak lama lagi, beberapa perancangan telah beliau lakukan antaranya:

1. Menjadikan lukisan berikut sebagai poskad dan akan dijual oleh komuniti Malaysia di Edinburgh. Setiap komisen daripada jualan akan disalurkan untuk fundraising aktiviti-aktiviti komuniti ini di sini.

iman-hasbullah-1

Kalau buat poskad gambar ni, pasaran lebih luas terutama di kalangan international student and staff.

2. Membuka bidaan bagi 2 lukisan pemandangan iaitu ‘Sunset in Maiga’ dan ‘Sunset in Bodaya’. Hasil jualan daripada bidaan ini akan disalurkan kepada Sekolah Malaysia Edinburgh (SME) diusahakan oleh Komuniti Malaysia Edinburgh dan juga sekolah pelarian anak-anak Syria yang dibuka oleh pelajar Malaysia di Jordan. Info lengkap tentang bidaan ini boleh didapati di FB Page Iman Hasbullah – Watercolour Gallery.

3. Perancangan bengkel cat air. Iman telah pun menerima jemputan bengkel cat air yang akan diadakan sebaik saja Iman kembali ke Malaysia.

4. Bagi tempahan lukisan yang diterima oleh Iman daripada mereka yang tinggal di Malaysia, menurut Iman lukisan tersebut akna diserahkan sekembalinya beliau ke Malaysia. Ini bagi menjimatkan kos penghantaran yang tinggi jika di pos daripada UK.

5. Lukisan Amarhum Tengku Abdul Jalil.

Sebelum mengakhiri perbualan kami di Facebook private message, saya sempat bertanya kepada Iman apakah yang beliau mahu lakukan dengan lukisan Almarhum Tengku Abdul Jalil yang telah beliau hasilkan ini?

Jawab Iman ia dihasilkan untuk berkongsi kesedihan yang turut dirasai oleh rakyat Johor seperti beliau atas pemergian almarhum tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

iman-hasbullah-45

Jika keluarga Diraja Johor berminat dengan lukisan ni, dengan rendah hati saya nak serahkan kepada mereka bila saya balik ke Malaysia nanti.

Berkenaan perancangan kerjaya sebagai arikitek dan kerjaya seni lukis beliau, ujar Iman biarlah rahsia buat ketika ini kerana beliau mahu habiskan masa bersama orang tua dan sanak saudara terdekat yang telah lama ditinggalkan.

Buat Iman, selamat kembali ke Malaysia. Tidak kira apa pun yang bakal Iman lakukan nanti, semoga semuanya dapat dijalankan dengan jayanya. Dan jangan lupa, jika ada kisah menarik kongsikan lagi dengan kami di Vocket.

#Panas di Daripada Pencuci Ke Pelukis, Karya Iman Dipilih Mewakili Persatuan Terkenal Di Scotland

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.