BMW Reka Kerusi Roda Lumba Untuk Atlet Paralimpik

16:04
BMW Reka Kerusi Roda Lumba Untuk Atlet Paralimpik merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri BMW Reka Kerusi Roda Lumba Untuk Atlet Paralimpik.

BMW dan DesignworksUSA mengambil inisiatif untuk membina kerusi roda lumba yang lebih baik untuk atlet Paralimpik Amerika. Rekaan terbaru kerusi roda ini akan mengambil kira keselesaan dan keupayaan untuk pergi lebih laju. Kerusi roda lumba traditonal menggunakan roda besar di belakang dan rekaan BMW tidak lari dari rekaan asal cuma ada penambaikkan yang dibuat.

Contoh kerusi roda lumba traditional

Contoh kerusi roda lumba traditional

Setiap pelumba akan duduk di atas kerusi roda lumba mereka dan badan atlet itu nanti akan diimbas dengan komputer untuk mengetahui aerodinamik setiap pelumba. Jadi rekaan kerusi roda itu nanti akan dibuat berdasarkan tubuh pelumba untuk mengurangkan halangan angin.

Seperti biasa, carbon fiber digunakan untuk menjadikan kerusi roda ini seringan yang mungkin. Kerusi roda ini nanti akan digunakan atlet paralimpik Amerika pada Rio Paralympic tahun hadapan. Tahniah BMW dan DesignworksUSA.

#Panas di BMW Reka Kerusi Roda Lumba Untuk Atlet Paralimpik

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.