Menjadi kesukaan saya membawa anak-anak ke taman permainan pada waktu petang selepas waktu Asar. Untuk beraktiviti dan mengeluarkan peluh. Melihat tawa anak-anak berlarian ke situ ke mari amat membahagiakan.
Namun hakikatnya, memanggil anak-anak untuk pulang amat mencabar. You know, kids never want to stop playing, especially at their favourite place.
“Kakak, Adik, jom kita balik,” saya memulakan bicara.
Saya memang selalu mulakan ayat dengan Kakak diikuti Adik, kerana tertib dan mahu si Adik faham bahawa Kakak adalah yang awal maka Adik hormatilah Kakak sebagai seorang Kakak, dan saya juga mahu si Kakak faham bahawa Adik adalah saudara mudanya, maka kasihilah dan lindungilah Adik. Tartil dan ikhlas.
“But, I want to play some more,” balas Kakak yang berusia hampir 5 tahun diikuti anggukan beriya-iya daripada Adik.
“You can go for one more final round, then we go home, OK? Last one..” saya memujuk.
“Okey!” jawab si Adik dengan slanga Australia yang cukup mengujakan saya mendengarnya, kerana Adik ikut cara cakap Kakaknya.
Selepas bermain ‘final round,’ saya mengajak anak-anak pulang sekali lagi.
“Why do we have to stop when it’s getting Maghrib?” Kakak bertanya dalam perjalanan pulang ke rumah.
Belum sempat saya memberikan respon, Kakak menambah soalan, “Papa, why it has to be dark and night? Why can’t it be only light all day long? Kan lagi best kalau siang selalu, boleh maiiiiiin selalu.”
Kakak mencebik muka. Semacam tidak puas hati terpaksa berhenti main kerana jam sudah menunjukkan 6.45 petang.
“Tak nak malam.. Nak main..” Adik menambah. Turut sama mencebik muka.
Saya yang sedang memandu kereta senyum kepada anak-anak dan berfikir-fikir apakah jawapan yang mahu diberikan.
“Bismillahir-rahmanir-rahim,” bisik saya kepada diri sendiri, sebaik sahaja mendapat idea bagaimana mahu memberikan jawapan.
“Wamir-rahmatihii ja’alalakumullaila wan-nahar, litaskunu fih, walitabtaghu min fadhlih, wala’allakum tasykurun,” nasib baik saya hafal ayat 73 dari Surah al-Qasas ini.
“What is that, Papa? I know it’s ayat Qur’an but I don’t understand it,” Kakak mencelah. Gayanya ingin tahu. Adik turut sama menunjukkan sifat ingin tahu. Mukanya penuh semangat, matanya melihat ke arah saya.
“Itu ayat al-Qur’an. Maksudnya, lebih kurang, antara rahmat Allah ialah malam untuk kita semua berehat dan tidur, dan siang untuk Kakak dan Adik belajar dan bermain, siang dan malam supaya kita semua bersyukur,” saya menerangkan.
“Ingat syukur tu apa?” saya bertanya.
“Syukur tu terima kasih. Patutlah I feel so tired at night I just want to sleep. That is because at night, we’re supposed to rest and sleep. Kalau tak sleep, nanti esok pagi I will be so tired and cannot play anymore…” terang Kakak. Nampaknya, Kakak faham.
Adik menyahut, “Oooooo…” dan terus menutup mata, seakan mahu tidur.
“Jadi, siang untuk belajar dan main. Malam untuk tidur. Now I get it!” teriak Kakak. Excited.
“Now you understand it, right?” saya mahukan kepastian.
“Yeah!”
“Kalau tak ada malam and we don’t stop playing, we will become very tired and cannot do well the next day… Nasib baik Allah swt buat siang dan malam, it makes the world so much fun!” Kakak menambah.
“Betul tu, Kakak. Kita kena bersyukur Allah swt jadikan siang dan malam (silih berganti). Kalau siang sahaja, tak best la..” sengaja saya menambah sebelum mematikan perbualan topik ini.
“Pa, nak tidur,” tiba-tiba Adik bersuara. Lakonannya gaya tidur dengan menutup mata sambil senyum, amat melucukan.
Si Adik yang berusia hampir 3 tahun ini memang pandai ‘berlakon’ dan banyak akalnya. Ada-ada saja aksinya yang menggelikan hati.
“Adik…” Kakak sudah mula nak beri lecture, “We are going home, mandi dulu, then dinner, baca Qur’an dan minum susu, selepas tu baru boleh tidur.”
Lengkap jadual dan tentatif harian disebut oleh Kakak, satu per satu.
Adik buat tak endah sahaja. Matanya terus ditutup sambil menjawab “Noooo…” kepada Kakak sambil mulutnya masih senyum, tanda mengusik Kakaknya yang garang.
Saya biarkan anak-anak ‘berdrama’ sesama mereka. Asalkan tak gaduh, kira OK la..
1. Terkadang kita lupa untuk bersyukur betapa banyaknya nikmat yang telah berikan kepada kita. Hatta, benda-benda yang kita anggap ‘kecil’ seperti siang dan malam inilah rahmat yang amat bernilai.
2. Banyak cara nak didik anak-anak. Namun, yang paling mudah dan berkesan ialah melalui alam dan kaitkan dengan al-Qur’an. Terbaik, Bro!
#Panas di Begini Caranya Didik Anak Dengan Al-Quran Dan Alam
EmoticonEmoticon