Duit oh duit! Di manakah kau duit? Mungkin itulah yang difikirkan apabila sudah sampai pertengahan bulan. Duit makin susut, kepala sesak memikirkannya. Rasa-rasa dah berjimat tapi masih tak cukup.
Apa kata anda cuba tip-tip ini. Mungkin ia nampak cliche. Tapi kalau tak konsisten usaha, tak menjadi juga kan. Check this out:
1. Korbankan kehendak
Jangan ikut hati, nanti mati. Itulah kehendak. Kalau ikut hati, semua kita nak. Kadang kala boleh pula berjimat sebab nak memiliki. Bayangkan sanggup kumpul duit nak beli kasut copy ori yang harganya beratus ringgit juga. Bukan kecam, tapi berpada-padalah.
2. Air kosong
Jika makan minum di luar, pesan air kosong adalah lebih baik dari segi kocek dan kesihatan anda. Yalah, segelas air berperisa pun dah cecah RM2 ke atas. 3 kali sehari, dah RM6. Tapi kadang-kala air kosong pun mahal. So, tukar tempat makan yang murah sikit atau bawa saja botol air.
3. Hari No Shopping
Pernah tak dalam satu hari anda tak pernah belanjakan duit? Rasa-rasa ramai yang akan kata, pasti keluar duit. Nak masuk tandas awam pun kena pakai duit. Sebenarnya ada caranya, iaitu duduk di rumah sahaja. Pada hari No Shopping itu, anda lakukan semuanya sendiri. Kalau hari lain, biasa hantar ke dobi self-service, kali ini basuh sendiri. Itu contohlah.
4. Kad kredit
Sebaik-baiknya tak payah guna kad kredit. Tapi kalau dah ada, manfaatkan fasiliti yang ada sebaik-baiknya. Kebanyakan kad kredit menawarkan bonus point yang boleh ditukarkan kepada barang atau kupon voucher atau travel point. Ada juga yang menawarkan cash back. So, anda plan baik punya agar dapat maksimakan kelebihan tersebut.
Contoh: Saya guna Agoda.com jika nak booking hotel. Saya dapat 2 benefits, pertama bonus point dari kad kredit yang saya boleh tebus dengan barang dan kedua point dari Agoda yang telah menyebabkan saya mendapat gantian RM300 untuk point tahun lepas.
5. Baiki sendiri
Tak rugi pun kita belajar baiki sendiri apa-apa yang rosak di rumah. Ia adalah satu kemahiran ‘mahal’ yang mungkin sudah jarang orang pentingkan. Mungkin juga kemahiran ini boleh jana duit untuk anda kelak.
By the way, kalau dengar orang perempuan baiki sendiri, kita rasa ‘wow’. Tapi kalau lelaki tak reti nak baiki paip bocor atau kaki meja longgar, kita rasa apa ek? Hehe.
6. Tabung
Fuh! Skil menabung ini perlukan disiplin yang tinggi. Tapi manfaatnya besar. Bayangkan tabung duit syiling pun kita pecahkan sebelum tiba masanya sebab keadaan mendesak. Sikit-sikit kumpul pun, apabila dikira-kira boleh juga buat belanja makan 3-5 hari.
Tip menabung ni, seluk segala duit syiling di dalam kocek dan beg duit pada hari itu dan masukkan ke dalam tabung. Kemudian, walk away from there. Ulang setiap hari. Selamat mencuba!
7. Rajin baca The Vocket
Serius tip ke-7 ini kalau diamalkan mungkin bakal ubah hidup anda. Baca The Vocket, mungkin akan menyebabkan anda mendapat inspirasi untuk jana wang tambahan, buka bisnes, rancang pelan untuk kembara dengan cara jimat, ubahsuai peralatan terpakai atau pun buat sendiri segala mentega, bawang goreng, body scrub dan lain-lain di rumah.
Antaranya:
a. Siri Mudahnya Buat Sendiri Di Rumah
b. Koleksi Kisah Dan Tip Penjimatan Yang Power
c. Cara-Cara Berbelanja Yang Masyuk
d. Koleksi Kisah Dan Tip Travel Jimat Yang Anda Tak Sangka Ia Wujud
EmoticonEmoticon