Rakan saya baru menceritakan kepada saya tentang sejenis virus yang bakal buat saya takut sebab selalu melakukannya. Dia menceritakan kepada saya apa virus ini boleh buat pada dokumen dan sistem komputer kita. Fuh!
Menurutnya, Virus Ransomware adalah sejenis perisian jahat atau malware yang mencegah pengguna daripada mengakses dokumen atau sistem di dalam komputer mereka.
Malware ini akan memaksa mangsanya membayar tebusan melalui pembayaran di atas talian sebagai syarat untuk memulihkan dokumen atau membenarkan mereka mengakses kembali sistem yang telah dijangkiti oleh virus Ransomware. Tebusan inilah yang memberi nama virus itu sendiri iaitu ransom.
Kebiasaannya, manusia menyebarkan virus dan juga menggodam perisian peribadi atau organisasi kerana ingin popular dan bangga kerana mereka mempunyai kebolehan untuk merosakkan atau melumpuhkan sistem komputer peribadi atau organisasi. Kini mereka menggunakan kepakaran mereka untuk mendapatkan duit dan keuntungan.
Cara penyebaran virus Ransomware adalah melalui emel terutama sekali menerusi dokumen PDF. Anda akan mendapat emel daripada orang yang tidak dikenali yang meminta anda membuka dokumen PDF terbabit.
Apa akan terjadi jika anda membuka dokumen PDF tersebut?
Virus Malware yang terdapat di dalam dokumen PDF tersebut akan berfungsi atau running dan semua dokumen Microsoft Office seperti Microsoft Words, Excel, Powerpoint serta PDF dan gambar akan dikunci atau encrypted menyebabkan kita tidak boleh membuka dokumen-dokumen terbabit.
Encrypt adalah proses di mana informasi atau data ditukarkan kepada kod menyebabkan anda tidak boleh membuka atau mengakses dokumen yang telah dijangkiti di dalam komputer anda.
Seterusnya, mesej atau pop-up akan dipaparkan dengan kerap untuk memberitahu bahawa komputer anda telah dikunci atau kesemua fail telah disulitkan. Data-data yang telah dijangkiti hanya boleh dipulihkan dengan pembayaran jumlah wang yang ditetapkan oleh penjahat siber.
Pautan atau link akan diberikan agar anda boleh membuat pembayaran di atas talian dan pembayarannya tidak boleh dikesan oleh sesiapa. Selalunya kita pasti akan cemas apabila dokumen-dokumen penting di dalam komputer kita tidak boleh dibuka dan semestinya kita akan akur dengan peras ugut tersebut untuk menyelamatkan kembali dokumen-dokumen kita.
Masalah menjadi semakin kritikal lagi kerana 90% daripada mangsa yang membuat bayaran tidak mendapat dokumen asal kembali. Ibarat kata peribahasa, sudah jatuh ditimpa tangga. Pusat pakar keselamatan siber kebangsaan, CyberSecurity Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai ancaman virus Ransomware. Sila rujuk pautan ini.
Mangsa dinasihatkan untuk mengabaikan arahan pembayaran wang kerana pembayaran tidak menjamin pemulangan data asal. Mangsa juga boleh membuat laporan kepada pusat bantuan oleh Cyber Security Malaysia iaitu Cyber999.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna internet dicadangkan untuk menggunakan mengemaskini anti-virus yang terbaru, berhati-hati sewaktu membuka lampiran melalui emel, dan menyimpan salinan pendua dokumen-dokumen penting di dalam cakera keras atau hard disc untuk mengelak daripada dijangkiti virus Ransomware.
Hard disc dan juga pen drive yang dicucuk pada komputer juga haruslah di cabut daripada komputer selepas selesai proses penyimpanan data kerana jika langkah tersebut tidak dipatuhi, Virus Ransomware juga boleh tersebar dan menjangkiti dokumen-dokumen yang tersimpan di dalamnya.
#Panas di Virus Ini Akan Memaksa Anda Buat Pembayaran Untuk Akses Ke Dokumen Sendiri
EmoticonEmoticon