Saya masih ingat pertama kali membawa Harith pulang dari hospital. Kami meletakkan beliau di atas kerusi bayi dan beberapa kali memeriksa supaya tali pinggang dipakai dengan betul.
Saya memandu dengan perlahan sambil isteri memerhatikan beliau dari tempat duduk belakang.
Sampai di rumah, beliau memerhati sekeliling dan mula menangis. Saya salinkan lampin beliau. Isteri saya memberikan susu. Beliau menghisap dua tiga kali dan sambung menangis.
Akhirnya selepas seketika, beliau kembali tidur. Kami sangat lega dan berdoa supaya mampu menguruskan beliau. Pada waktu malam, isteri saya telah lena tidur kerana kepenatan mengharungi tempoh kelahiran yang lama.
Belum sempat saya meletakkan kepala di atas bantal beliau mula menangis. Saya lantas bangun dan terus mendodoi. Berjaya. Saya pun ke katil semula.
Sebaik sahaja saya menarik selimut, tangisan kembali kedengaran. Saya selubungkan diri dengan selimut dan berharap agar tangisan tersebut berhenti.
Tetapi sangkaan saya meleset. Saya mula tertekan. Tak sangka sesuatu yang indah menjadi begitu sukar. Saya mula terfikir adakah saya bersedia mempunyai seorang anak. Apa yang perlu saya lakukan sekarang?
Tidurkan Bayi Cara Harvey Karp
Dr. Harvey Karp, seorang pediatrik, percaya dalam beberapa bulan pertama kehidupan seorang bayi, mereka akan mengalami masalah menyesuaikan diri setelah berada 9 bulan berada di dalam rahim. Bayi yang baru lahir akan menghadapi kesukaran untuk menerima stimulasi sekeliling lalu menyebabkan bayi tersebut menangis.
Menurut Dr. Karp lagi, “Apabila bayi menangis melebihi 3 jam sehari, ia dipanggil sebagai kolik. Hampir semua bayi akan mengalami tempoh yang sukar diurus. Ia bermula pada minggu ketiga dan mencapai kemuncak pada minggu keempat hingga keenam. Waktu yang paling kritikal adalah waktu petang.”
Pernahkah anda melihat bayi yang sedang menangis mampu tertidur di dalam kereta? Ia adalah kerana terwujudnya suasana seakan di alam rahim yang membantu mengaktifkan Calming Reflex.
Suasana tersebut juga boleh diwujudkan dengan menggunakan teknik Harvey Karp. Terdapat 5 langkah di dalam teknik ini dan ia perlu dilaksanakan secara berturutan bermula daripada bedung, posisi mengiring, white noise, membuai dan menghisap.
Teknik yang dilaksanakan dengan tepat sangat berkesan dalam menenangkan dan menidurkan bayi.
Bedung
Bayi di dalam rahim akan diulit lebih erat apabila menerima gegaran atau sentakkan untuk mengelakkan bayi tersebut terkejut. Apabila lahir, suasana ini dapat diwujudkan semula dengan membedung.
Menurut Dr. Karp, “Bedung adalah salah satu cara menidurkan bayi. Bayi tidak gemar tidur terlentang kerana ia seperti terjatuh dari tempat tinggi. Bedung membantu mereka rasa selesa dan selamat.”
Antara tip penting ketika membedung adalah membalut bayi dengan erat tetapi tidak terlalu ketat. Gunakan fabrik yang cukup besar dan sebaik-baiknya dengan fabrik jenis Flannel. Pastikan teknik yang digunakan betul supaya berkesan dan selamat. Rujuk rakaman di bawah cara membedung.
[embedded content]Posisi Mengiring dan Meniarap
Selepas dibedung, letakkan bayi pada posisi mengiring atau meniarap di atas lengan. Ini untuk mengelakkan bayi tersebut terkejut dan seterusnya merangsang Moro Reflek. Apabila rangsangan berlaku, bayi akan ketakutan dan terus menangis.
Posisi ini membantu mematikan sensor di dalam otak yang mengaktifkan reflek tersebut. Walau bagaimanapun, elak daripada meletakkan bayi pada posisi ini ketika sedang tidur. Bayi perlu diletakkan terlentang untuk mengelakkan Sindrom Mati Terkejut.
White Noise
Rahim adalah tempat yang sangat bising. Ia boleh mencapai tahap kebisingan melebihi 80 desibel iaitu lebih bising daripada pembersih vakum. Bunyi bising ini datang daripada aliran darah dan degupan jantung.
Selama 9 bulan, bayi telah dibiasakan dengan suasana tersebut. Apabila lahir, persekitaran yang senyap mampu meningkatkan tahap kebimbangan lalu merangsang bayi tersebut menangis.
Anda boleh meniru bunyi tersebut dengan mendekatkan mulut anda pada telinga bayi sambil menghasilkan bunyi ‘whooosinnng’ secara berterusan. Bunyi yang terhasil ini dipanggil sebagai White Noise.
Bunyi ini juga boleh dihasilkan dengan menggunakan pembersih vakum, kipas atau pengering rambut. Anda juga boleh mendapatkan bunyi ini di dalam Youtube. Apabila bayi telah tidur, perlahan sedikit bunyi tersebut. Jangan terus menutup bunyi ini kerana ia akan mengejutkan bayi yang sedang tidur.
[embedded content]Membuai
Bayi di dalam rahim sentiasa rasa dibuai. Setiap pergerakan yang dilakukan oleh si ibu akan mewujudkan ayunan yang sekata. Bayi yang menangis mampu ditenangkan di dalam kereta kerana terwujudnya suasana seakan di dalam rahim.
Anda boleh mewujudkan suasana ini dengan menggunakan buaian yang mengayun ke tepi seperti Mamaro atau Nunaleaf. Menggunakan Rocker, buaian yang mengayun ke atas dan ke bawah, pada bayi yang baru lahir akan menyebabkan Sindrom Gegaran Otak Bayi.
Anda juga boleh membuai secara manual dengan meletakkan bayi di atas lengan pada posisi mengiring sambil mengayunkan tangan ke kiri dan ke kanan. Perlahankan pergerakan tangan anda apabila bayi mula berhenti menangis.
[embedded content]Menghisap
Menghisap ibu jari adalah perkara alami yang bayi belajar ketika di alam rahim. Ia membantu menghasilkan bahan kimia di otak yang menenangkan bayi.
Kebanyakan bayi yang suka menangis akan mula bertenang ketika mula menghisap buah dada. Ada sesetengah bayi yang tidak mahu melepaskan langsung buah dada tersebut sehingga mendatang kecederaan pada puting si ibu.
Ibu yang baru melalui proses kelahiran perlukan rehat yang secukupnya. Jadi sebagai pengganti, si ibu boleh menggunakan pacifier (puting tiruan).
Sambil bayi dibuai ke kiri dan ke kanan, biarkan beliau menghisap pacifier.
Ketika ingin menghentikan proses penyusuan, gantikan puting ibu dengan pacifier untuk mengelakkan bayi menangis.
#Panas di Teknik Berkesan Menenangkan Bayi Kolik Yang Sedang Menangis
EmoticonEmoticon