Pemuda Ini Beranikan Diri Travel Solo Ke Luar Negara Buat Pertama Kali Selepas Baca Vocket

10:31
Pemuda Ini Beranikan Diri Travel Solo Ke Luar Negara Buat Pertama Kali Selepas Baca Vocket merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pemuda Ini Beranikan Diri Travel Solo Ke Luar Negara Buat Pertama Kali Selepas Baca Vocket.

Berkongsi dan menulis kisah inspirasi merupakan sesuatu yang mengujakan bagi diri saya.

Ia umpama turut membawa saya melalui dan merasai setiap pengalaman yang dialami sewaktu melakukan proses mengumpul dan ‘curate’ segala informasi berkaitan sehingga menjadi satu artikel.

Dan baru-baru ini, salah seorang pembaca kami telah menghubungi Vocket dengan message berikut:

Salam. Hi The Vocket. Di sini saya nak kongsikan video kembara saya, Trans Siberia. Ini merupakan pengalaman kali pertama saya travel, berada di luar negara dan menaiki kapal terbang, apatah lagi solo.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada The Vocket kerana telah memberi inspirasi kepada saya dalam kembara solo ini.

Sebelum datangnya idea untuk kembara solo ni saya terbaca satu artikel The Vocket, pengalaman/coretan dari saudara Wazari Wazir mengenai kembara Trans Siberianya pada tahun lepas.

Ketika itu saya masih lagi bekerja, mengumpul duit untuk travel. Selepas membaca artikel mengenai pengalaman saudara Wazari Wazir, terus terdetik untuk merancang untuk pergi mencuba Trans Siberia.

Dan tambahan pula saya ada membaca artikel dari saudari Ida Yunus tentang pengalamannya di Tasik Lake Baykal pada musim sejuk.

Alhamdulillah saya berjaya mengharungi kembara saya ini pada musim sejuk ini seorang diri, walaupun ini merupakan pengalaman kali pertama saya berada di luar negara.

Terima kasih daun keladi. Anda berjaya memberi inspirasi kepada ramai orang di luar sana, termasuk saya untuk mengembara.

Teruja dengan message tersebut, lantas saya menghubungi pemuda ini untuk mendapatkan kisah beliau dengan lebih lanjut.

iggy-26

Someday… #motivation

iggy-21

Selama ini mampu tengok dalam gmbar je, tapi kali ni dapat tengok depan mata – in Kazan, Tatarstan.

Message tersebut adalah daripada Muhamad Faizul, berusia 24  dan lebih dikenali sebagai Iggy Malique di kalangan rakan-rakan beliau di media sosial.

Menurut Iggy, perancangan awal bagi travel solo pertama beliau ke luar negara ini adalah untuk menerokai bumi Eropah. Namun setelah membaca kisah kembara Trans-Siberia yang dikongsikan di Vocket, beliau menjadi teruja dan tertarik untuk ke Rusia.

Ditambah pula Iggy juga mempunyai beberapa orang kenalan di Rusia dan sering berhubung dengan mereka sejak 5 tahun lepas.

Setelah mengambil keputusan untuk menukar daripada Eropah ke Rusia, Iggy meneruskan perancangannya untuk travel solo buat pertama kali dengan menyimpan wang secukupnya sebelum kembara bermula.

Oleh kerana trip Trans- Siberia merupakan satu trip yang memerlukan tempoh pengembaraan yang lama, Iggy mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi melaksanakan misi ini.

Selepas melakukan kajian dan mendapatkan maklumat di internet, Iggy turut bertemu beberapa pengembara yang pernah melakukan trip seperti ini di majlis perjumpaaan satu kelab kembara.

Pada mulanya saya agak malu untuk berhadapan dengan otai-otai yang berpengalaman tapi saya buangkan perasaan malu tu untuk berada bersama mereka dan bertanyakan macam-macam soalan dan tips.

Selepas berjumpa mereka, saya mula merancang route perjalanan saya, penginapan (hostel) dan mula bertanya secara khusus tentang urusan pembelian tiket kereta api – Iggy.

iggy-19

Naik kereta api, kelas ‘rakyat’.

iggy-28

iggy-3

Joe , Me and another American traveler at the Great Wall of China.

iggy-14

With some cool Mongolian buddies I met when I was in Erlian, before decided to crossed border with them. This photo taken in Dzamyn Uud, Mongolia — in Zamyn-Üüd.

iggy-17

Susah nak percaya akhirnya impian untuk travel ke luar negara terlaksana.

Pertama kali travel ke luar negara, apatah lagi secara solo pastinya memberi seribu makna berbeza buat Iggy. Menurut anak muda ini beliau cukup teruja dan sangat gembira kerana akhirnya dapat ke luar negara.

Travel solo Iggy bermula di Beijing, China pada 23 Januari 2016 ini mengambil masa selama 38 hari dan merentasi laluan Beijing – Mongolia – Rusia – Latvia – Jerman.

Berikut penjelasan Iggy tentang route beliau ini.

China merupakan negara asing pertama saya jejak dalam hidup saya. Kemudian bergerak ke HotHot Inner Mongolia melalui kereta api, kerana mahu melihat masyarakat, komuniti Islam di sana, di samping tertarik dengan masjid lama yang unik.

“Kemudian menuju ke destinasi terakhir di China, iaitu Erlian Inner Mongolia berhampiran dengan sempadan China dan Mongolia. Di Erlian, saya berjumpa dengan beberapa orang Mongol di stesen bas dan saya sertai mereka merentas sempadan.

Ketika berada di kastam dan imigresen China saya telah ditahan, dibawa ke dalam bilik pejabat pegawai, dan diperiksa beg saya, kamera saya, segala resit-resit, nota-nota yang saya tulis, termasuklah gambar-gambar yg terdapat di dalam telefon bimbit saya.

Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah. Mungkin mereka syak, atau ‘over suspicious’ sebab saya berseorangan. Kemudian saya teruskan perjalanan ke Dzamyn Uud, Mongolia untuk naik train ke Ulan Baatar. Masuk ke Russia melalui bas” – Iggy.

Ditanya bagaimana penerimaan keluarga beliau dengan keputusan berhenti kerja dan melakukan trip solo pertama ke luar negara, menurut Iggy beliau memaklumkan kepada ibunya 2 bulan sebelum trip bermula.

Saya hanya bagitau ibu saya 2 bulan sebelum trip ni dan maklumkan kepada ayah saya kira-kira sebulan sebelum trip berlangsung. Saya booking flight awal pun tak maklum dorang.

Ibu saya terkejut. Kemudiannya dia suruh saya maklumkan sendiri kepada ayah. Ayah saya cool. Dia cuma bertanya cukup ke duit perbelanjaan saya.

iggy-7

Ilnur, I met him in the Qolsharif Mosque, Kazan Russia when i was about to perform Zohor prayer, He mentioned “Malaysia” to me, he already knew that I am from Malaysia based on my physical appearance probably. — in Kazan, Tatarstan.

iggy-8

Before saying farewell to Andrey and Ksenia, we managed to take a selfie — in Yekaterinburg.

iggy-9

With Yana. We managed to capture this ‘romantic’ photo at Listvianka, Lake Baykal, Irkutsk, Russia. — at Listvyanka, Irkutsky District, Irkutsk Oblast.

iggy-10

Leonid and his cousin from Yakutsk, Russia. This is their first time visiting Lake Baykal, Irkutsk Russia. — at Listvyanka, Irkutsky District, Irkutsk Oblast.

iggy-11

Yana (left), me, Marina and Nikita in Ulan Ude, Russia — in Ulan-Ude.

iggy-15

With students from the mosque in Hot Hot, Inner Mongolia, China — in Huhe Hoter, Nei Mongol, China.

iggy-16

With students and the teacher from the mosque in Hot Hot, Inner Mongolia, China — in Huhe Hoter, Nei Mongol, China.

iggy-12

With Marina in front of her university Buryat State Uni in Ulan Ude, Russia — in Ulan-Ude.

Meskipun memulakan trip ini secara solo, siapa sangka di sepanjang pengembaraan selama lebih sebulan ini Iggy menemui beberapa orang rakan baru.

Bermula dengan perkenalan host couchsurfing beliau di Beijing, Iggy turut bertemu dengan rakan travel dari berbagai negara lain.

“Kawan-kawan baru saya pertama di Beijing, iaitu host saya, dan guest (sama macam saya) dari Belanda. Jaggi dari Amerika (bertemu janji melalui Couchsurfing) di Ulan Baatar Mongolia. Perkenalan saya dengan Jaggi ketika saya sedang mencari-cari orang tempatan yang boleh tunjuk dan ajak saya jalan-jalan di Ulan Baatar.

Di Ulan Ude, Russia jumpa Yana. Dia sanggup datang bertemu saya selepas pulang dari kerja (jumpa dari komuniti sukarelawan tempatan di dalam media social vkontakte). Di Irkutsk pula saya berkenalan dengan Yana Portnaya, juga melalui melalui Couchsurfing” – Iggy.

Ditanya tentang pengalaman baru dan menarik yang diperolehi sewaktu pengembaraan ini, menurut Iggy antara yang menarik bagi beliau adalah sewaktu merasai salji turun buat kali pertama di Ulan Ude Rusia, merentasi zon masa yang berlainan di Rusia serat pengalaman tinggal di dalam khemah traditional (ger) selama 1 malam ketika di Taman Negara Terelj, tak jauh dari Ulan Baatar.

Bagi pengalaman yang kurang menyeronokkan pula bagi pemuda ini adalah sewaktu di Yekaterinburg Rusia. Seorang lelaki Mongolia berkali-kali cuba mendesak Iggy untuk trade in action camera beliau dengan barang-barang lelaki ini.

Antara barangan yang ditawarkan untuk system barter adalah sebuah kamera digital lama + tab lama + jam tangan + bangle silver + cadar/bedding yang baru dibeli di Rusia.

Alasannya kerana action camera sukar diperolehi di negaranya dan beliau ingin jadikan action camera tersebut sebagai hadiah untuk anak lelaki kecilnya di Mongolia.

Tak kurang juga pengalaman cemas yang dilalui oleh Iggy di sepanjang trip ini dan berikut 2 kisah menarik yang telah dikongsikan:

Pengalaman Cemas 1

Di China, 3 orang tempatan trying to be friendly bawa kami (saya dan kawan Amerika saya) pergi sebuah café karaoke. Lokasi cafe ini berhmpiran dengan Forbidden City.

Mereka memesan macam-macam termasuk minuman keras. Saya tak minum tapi mereka pelawa kawan saya minum, karaoke selama lebih 1 jam. Local ni berkali-kali mengajak saya untuk turut serta karaoke sekali tapi saya bagitau saya malu dan tak suka menyayi apatah lagi karaoke.

Pada mulanya saya dan kawan Amerika saya fikir mereka akan belanja, tetapi rupanya tidak. Mereka memaksa kawan Amerika saya membayar kesemua kos dan caj yang dikenakan.

Mujur saya tidak turut serta karaoke. Kalau tidak mereka juga memaksa saya untuk membayar. Kawan saya berkeras untuk tidak membayar dan tiba-tiba salah seorang daripada penduduk tempatan ini naik angin. Jadi untuk menenangkan keadaan saya akur, bayar bagi pihak kawan saya.

Sehinggalah saya berpindah ke hostel selepas tinggal 3 malam di rumah host saya, baru saya terlihat papan tanda peringatan yang terpampang di hostel saya – “hati-hati dengan orang yang terlalu ramah dan baik dengan kamu. Mereka akan bawa kamu ke mana-mana café karaoke berhampiran dan membuatkan kamu membayarnya (satu tektik scam)”.

Pengalaman Cemas 2

Pengalaman yang paling tidak dijangka. Seorang lelaki mabuk telah menolong dengan membawa saya ke stesen kereta api pada waktu malam.

Ketika tu, saya ingin meninggalkan Irkutsk untuk ke bandar seterusnya di Russia. Waktu tu agak lewat, jadi kenderaan awam untuk terus ke stesen kereta api sudah tiada.

Saya terserempak dengannya di hentian bas, van (mashrutka). Saya merasa agak takut kerana dia mabuk. Saya yakin dia mabuk sebab saya menghidu sesuatu yang agak kuat dari dia. Tambahan pula dia berjalan asyik nak tergelincir sahaja.

Sepanjang perjalanan kami, saya bertawakal, doa dalam hati supaya takde apa-apa yang tak baik terjadi pada saya. Dia tu dah lah tnggi 6 kaki pulak tu, dia juga bayarkan tiket trambus untuk saya.

Selepas sampai di stesen kereta api, saya merasa amat lega, dan bersyukur. Sebelum beredar, dia sempat berselfie dengan saya.

Keluar mengembara selama 38 hari pastinya banyak memberikan kesan kepada pandangan dan pemikiran Iggy.

Menurut Iggy, kesan positif yang diperolehi oleh pemuda ini adalah agar tidak mudah mempercayai orang lain selepas kejadian ditipu di Beijing. Namun pada waktu yang sama, beliau tidak mudah bersangka buruk terhadap orang lain meskipun orang tu dalam keadaan mabuk.

iggy-5

With Katerina and her little sister Dasha in one of the Metro in Moscow, Russia.

iggy-1

It’s okay to travel alone. There’s still a chance you will meet someone great in your journey. I met this guy in the elevator. He has been backpacking all around Europe. And me, backpacking starting from the east (Beijing) to the west (Europe) overland — feeling excited in Riga, Latvia.

iggy-4

In Riga, Latvia.

iggy-2

Rasa bersyukur sebab kita dilahirkan di bumi Malaysia, kehidupan ketika musim sejuk di luar negara agak sukar.

iggy-6

With Irina at Cheboksary, Chuvash Republic, Russia — in Cheboksary.

iggy-13

With Jaggy, we are on top of Zaisan Hill, Ulan Baataar, Mongolia — in Ulaanbaatar, Mongolia.

iggy-18

Gambar terbaik setakat ini. di depan rumah bekas angkasawan terawal Rusia. — feeling fantastic in Cheboksary.

iggy-20

Kremlin, Moscow, Russia — in Moscow, Russia.

iggy-22

In Kazan, Tatarstan.

iggy-24

Zaisan Hill, Ulan Baataar, Mongolia. — at Zaisan Hill.

iggy-23

Enjoying the Lake Baykal scenery — feeling wonderful at Listvyanka, Irkutsky District, Irkutsk Oblast.

Sebelum mengakhiri artikel ini berikut pesanan Iggy buat mereka yang berimpian untuk travel solo buat pertama kali seperti beliau.

“Pesanan saya untuk pertama kali travel haruslah berhati-hati dan jangan takut untuk travel berseorangan kerana dalam perjalanan kita akan ditemukan dengan orang-orang yang hebat dan yang yang sudi membantu kita. Paling penting, mestilah buat research, rajin bertanya dan rujuklah kepada mereka yang dah ada pengalaman” – Iggy.

Iggy juga telah merakam pengembaraan beliau ini dalam bentuk video.

“Saya mahu video kembara saya menjadi satu inspirasi dan motivasi buat orang-orang di luar sana untuk pergi travel, keluar mengembara dan hasilkan video kembara mereka juga”, ujar pemuda yang pernah bercita-cita untuk menjadi penyunting video sejak berusia 16 tahun dan masih berada dibangku sekolah di ketika itu.

Buat Iggy, terima kasih atas perkongsian ini. Saya yakin, pasti ada yang terinspirasi dengan kisah anda. Dikesempatan ini juga saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kerana berani melangkah keluar dari zon selesa.

Semoga Iggy akan temui lebih banyak pengalaman berwarna-warni yang lebih positif selepas ini.

Jom tonton video kembara Iggy. Semoga anda turut terinspirasi!

Baca lagi: Impian Travel Bawa Pemuda Ini Mengembara Ke Laluan Keretapi Terpanjang Trans-Siberian

#Panas di Pemuda Ini Beranikan Diri Travel Solo Ke Luar Negara Buat Pertama Kali Selepas Baca Vocket

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.