Pelajar Tahun Satu Dipatuk Ular Hijau Ditandas

15:45
Pelajar Tahun Satu Dipatuk Ular Hijau Ditandas merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pelajar Tahun Satu Dipatuk Ular Hijau Ditandas.


JOHOR BAHRU - Seorang pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2, Pasir Gudang dipatuk ular di tapak tangan kiri di tandas sekolah tersebut pada petang semalam.

Pelajar terbabit, Muhammad Ar Rayyan Nazlan Mohd Nasrul, 7, bagaimanapun kini berada dalam keadaan stabil dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail di sini.

Menurut ibu mangsa, Hajar Norhafiza Ismail, 30, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang semalam.

Tambahnya lagi, dia difahamkan anaknya itu berada seorang diri di tanda sekolah itu di tingkat tiga ketika kejadian.

"Anak saya memaklumkan dia dipatuk ular bewarna hijau dan agak panjang. 

"Sejurus kejadian, dia terus memaklumkan kepada guru dan dihantar ke Klinik 1Malaysia sebelum ditukar ke sini (HSI).

"Rasa sangat terkejut, tetapi, alhamdulillah, saya bersyukur dia dalam keadaan selamat,"  katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata mangsa dipatuk ular yang tidak berbisa.

"Dia dipatuk ular tidak berbisa pada tangan kirinya. Mangsa memaklumkan kejadian kepada guru lalu dibawa ke oleh dua guru ke Klinik 1Malaysia di lokasi berhampiran. Keadaannya dilaporkan stabil," katanya - Siakapkeli.my

#Panas di Pelajar Tahun Satu Dipatuk Ular Hijau Ditandas

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.